Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, M'sia, Brunei & Thailand calonkan kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2022 05:03PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 10:36PM
SINGAPURA: Singapura akan mencalonkan busana kebaya untuk disertakan ke dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO, sebagai satu usaha berbilang negara termasuk Brunei, Malaysia dan Thailand.

Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Rabu (23 Nov) menyatakan bahawa ia adalah pencalonan berbilang negara yang pertama oleh Singapuea kepada Senarai Wakil UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ternilai, dan akan diserahkan pada Mac 2023, lapor The Straits Times.

Menurut sumber portal warisan NHB Roots.gov.sg, kebaya, iaitu pakaian wanita, "adalah aspek utama bagi mewakilkan dan memaparkan warisan budaya dan identiti Melayu, Peranakan, dan masyarakat lain di Singapura, ia juga merupakan sebahagian daripada warisan kami sebagai bandar pelabuhan pelbagai budaya".

NHB menyatakan kebaya bukan sahaja pakaian tetapi ia adalah medium penting yang mana budaya Melayu dan Peranakan boleh dicerminkan melalui pelbagai corak yang disulam padanya.

Malaysia juga mencadangkan serta menyelaraskan pencalonan berbilang negara tersebut, menurut NHB, dan menambah bahawa idea itu dibincangkan sebagai sebahagian daripada siri mesyuarakat dengan beberapa negara pada 2022, seperti dinukil The Straits Times.

Brunei, Malaysia, Singapura dan Thailand bersetuju untuk bekerjasama bagi pencalonan itu, menurut NHB. Empat negara itu juga mengalu-alukan negara lain untuk menyertai pencalonan tersebut, tambah lembaga itu.

NHB juga menyatakan kebaya mencerminkan kepakaran dan kemahiran halus pembuatnya, serta menunjukkan percampuran budaya berbeza. Seperti contoh, corak pada kebaya mungkin menampilkan corak Jawa dan corak batik seperti batik kawung, atau corak dari budaya Melayu, Cina, India dan Eropah, termasuk corak bunga, haiwan dan makhluk mitos.

Pencalonan itu menyusuli kejayaan budaya penjaja diiktiraf - iaitu elemen pertama Singapura dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO - pada 16 Disember, 2020, selepas Singapura menyerahkan bidaannya pada 26 Mac 2019.
Sumber : Agensi berita/(AE/ae)
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan