Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, M'sia bincang kerjasama sempena lawatan Ketua Tentera Laut Diraja M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengesahkan lagi betapa pentingnya untuk mengekalkan hubungan kukuh antara kedua-dua angkatan laut sempena lawatan pengenalan oleh Ketua Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Abdul Rahman Ayob. 

Laksamana Abdul Rahman bertemu Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, dengan kedua-dua pihak membincangkan kerjasama demi menangani cabaran-cabaran keselamatan di peringkat serantau. 

Sempena lawatan selama tiga hari, Laksamana Abdul Rahman menaiki kapal tentera laut RSS Tenacious serta meninjau pelbagai kemudahan latihan di Pangkalan Tentera Laut Changi.

Beliau turut bertemu Panglima Pasukan Pertahanan Singapura Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Ketua Angkatan Laut, Laksamana Muda Aaron Beng.

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), lawatan itu menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang muhibah dan sudah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan