SG Motorshow 2026 kembali 8-11 Jan
Pameran kereta Singapore Motorshow 2026 kembali diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapore pada 8 hingga 11 Januari, menampilkan beberapa jenama kenderaan elektrik dan model-model kenderaan baharu serta beberapa selebriti sepanjang acara empat hari itu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pameran kereta Singapore Motorshow 2026 kembali diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapore pada 8 hingga 11 Januari, menampilkan beberapa jenama kenderaan elektrik dan model-model kenderaan baharu serta beberapa selebriti sepanjang acara empat hari itu.
Seluas 21,000 meter persegi dan merangkumi empat tingkat lokasi itu, edisi ke-19 acara tersebut menampilkan 37 jenama automotif, dengan lebih 95 peratus pempamer mempamerkan model elektrik atau hibrid.
Beberapa jenama utama dijangka menarik perhatian dengan pelancaran dan previu berprofil tinggi.
BMW akan melancarkan Skytop, iaitu model pengeluaran terhad dengan hanya 50 unit di seluruh dunia, serta mempamerkan kereta konsep Neue Klasse X, yang memaparkan pratonton iX3 generasi akan datang yang baru-baru ini dilancarkan secara global di Munich.
BYD akan mempamerkan Tai 7 dan model kereta Seal 6 DM-i yang baharu, di samping BYD Shark, menampilkan kemajuan terkini jenama itu dalam teknologi hibrid dan elektrik.
XPeng pula akan melancarkan model G6 Air yang baharu, iaitu kereta COE Kategori A yang pertama bagi jenama itu di Singapura.
Pengunjung juga boleh meninjau-ninjau keseluruhan pilihan EV jenama itu, termasuk SUV G6, MPV X9 dan sedan P7 serta penampilan oleh robot XPeng Iron.
Leapmotor pula akan memaparkan kereta SUV elektrik C10 yang terbaharu, sekali gus menambah kepada bilangan jenama EV baharu yang bersaing dalam pasaran Singapura.
Selain itu, Hongqi membuat kemunculan pertama di Singapura dalam acara tahun ini.
Diedarkan oleh Eurokars Group, jenama itu akan melancarkan kereta elektrik SUV, E-HS9, serta model-model ultra-mewah Guoli dan Guoya.
Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam kegiatan interaktif di reruai Hongqi.
Jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian termasuk Audi, Mazda, Nissan, Omoda, Proton, Toyota, Subaru, Volvo, Kia, Mercedes dan Smart, antara lain.
Selain kereta, pengunjung juga boleh mengalu-alukan sesi ramah mesra dengan selebriti Mediacorp termasuk Elvin Ng, Paige Chua, Ayden Sng, Herman Keh, Cheryl Chou dan Denise Camillia Tan.
Singapore Motorshow 2026 juga akan menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, tawaran ekslusif dan pameran berlandaskan pengalaman di mana pengunjung boleh pandu uji kereta.
Terdapat juga cabutan bertuah di mana seorang pemenang berpeluang memenangi kereta Dongfeng Box yang baharu.
Tiket bagi kemasukan awam dijual pada harga S$10 di Sistic, dengan tiket pratonton terhad boleh didapatkan di pameran itu pada 8 Januari.
Kanak-kanak bawah ketinggian 1.2 meter masuk percuma.
Kunjungi laman Singapore Motorshow bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.