Skip to main content

Singapura

SG, Mexico ingin perkukuh laluan dagang, aliran pelaburan rentas Pasifik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Dec 2025 09:10PM Dikemas Kini : 25 Dec 2025 11:13PM
SINGAPURA: Singapura dan Mexico akan mengukuhkan laluan perdagangan dan aliran pelaburan merentasi Pasifik, terutamanya dalam sektor utama seperti agromakanan.

Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam berkata kedua-dua negara melabur dalam meningkatkan hubungan bagi meningkatkan daya tahan dalam dunia yang semakin tidak stabil.

Beliau membuat kenyataan itu di akhir lawatan negara ke Mexico, lawatan rasmi pertamanya ke Amerika Latin.

"Perdagangan dan pelaburan dalam pengilangan canggih, melabur dalam tenaga bersih, pelabuhan dan prasarana, dalam transformasi digital yang sedang dilalui oleh kedua-dua negara, termasuk transformasi AI. Juga yang paling penting - Agromakanan yang merupakan satu keutamaan bagi Singapura.

"Keselamatan bekalan makanan untuk Singapura adalah penting dan Mexico dapat menawarkan sesuatu," kata Encik Tharman.

Berucap kepada media di akhir lawatan beliau, Encik Tharman berkongsi satu hasil penting adalah kedua-dua negara terus melabur dalam hubungan yang lebih kukuh di dalam dunia yang semakin tidak stabil.

Encik Tharman menambah, Mexico adalah sebuah ekonomi yang besar dan pelbagai, dengan industri bermula daripada kemahiran pertengahan hingga canggih.

"Mexico jika anda melihatnya secara keseluruhan, ia kelihatan seperti sebuah negara membangun dengan aktiviti berkemahiran rendah dan sederhana, negara berpendapatan sederhana. Tetapi ia sebenarnya mempunyai pusat yang sangat maju, malah sebenarnya, jauh lebih canggih.

"Di situlah mereka lihat banyak peluang kerja sama dengan kita, kerana Singapura dilihat sebagai pusat yang sangat canggih untuk sektor pengilangan, perdagangan dan kewangan. Serta dilihat dapat saling melengkapi," tambahnya.

Namun ia bukan hanya tentang perniagaan.

Pada intinya, adalah masyarakat serta kerjasama yang mendorong perkongsian pengetahuan dan idea.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita