SG meterai perjanjian baharu dengan Korea Selatan, tingkatkan kerjasama jagaan kesihatan
Singapura dan Korea Selatan sedang meningkatkan kerjasama penjagaan kesihatan dalam bidang seperti teknologi dan penyelidikan, hingga ke penjagaan populasi yang semakin menua.
Kementerian Kesihatan kedua-dua negara menandatangani perjanjian baharu di luar mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Singapura komited untuk bekerjasama dengan negara-negara yang sehaluan untuk menangani cabaran kesihatan utama seperti barah dan kencing manis.
"Apa pun tindakan kolektif kita, kita harus sentiasa mengekalkan kepercayaan dan fokus kepada sains dan bukti, sementara perbahasan yang rancak adalah sifat semula jadi dalam sains.
"Namun, sains adalah bahasa mapan bersama untuk dunia terlibat dan memajukan penjagaan kesihatan bersama-sama.
"Dengan teknologi digital dan peningkatan kes penggunaan AI (kecerdasan buatan) dalam penjagaan kesihatan, kita boleh memanfaatkan data dan bukti empirikal untuk memberikan hasil kesihatan yang lebih baik," kata Encik Ong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.