Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG mesti ubah struktur dasar untuk terus kembangkan ekonomi: DPM Heng

Anggaran Waktu Membaca:
SG mesti ubah struktur dasar untuk terus kembangkan ekonomi: DPM Heng

Pusat bandar Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menekankan, Singapura mesti melakukan perubahan struktur dasar, demi terus mengembangkan ekonomi dan perusahaannya.

Beliau memberitahu dewan, untuk terus berkembang maju, pemerintah mesti bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti para pengkaji, sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat untuk mengembangkan ekosistem penyelidikan, inovasi dan perusahaan.

DPM Heng menambah, pertumbuhan ekonomi Singapura kini sudah matang dan kekangan sumber seperti buruh, tanah dan karbon, mula terasa.

"Dengan demografi kami yang semakin menua, pertumbuhan tenaga kerja tempatan kini merosot lebih pantas menuju sifar. Jadi, kita perlu mencari cara-cara untuk menggandakan pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti. Dan, walaupun kita melabur dalam mengukuhkan produktiviti,seperti peningkatan mendalam dalam industri tertentu, adalah mustahil untuk memadankannya skala dan saiz negara yang lebih besar," jelas DPM Heng.

Untuk meneruskan pertumbuhan di iklim itu, Singapura memerlukan dasar-dasar berstruktur yang boleh meningkatkan produktiviti.

Ini termasuk perkongsian pemilikan dan kepimpinan ke arah perubahan merentasi industri.

Salah satu caranya adalah melalui Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang membantu syarikat mengenal pasti cabaran dan peluang, serta membolehkan mereka membangunkan strategi untuk meningkatkan produktiviti dan membolehkan pekerja mempelajari kemahiran baharu.

Pemerintah kini merancang untuk mengeluarkan laporan lebih lengkap mengenai usaha ITM menjelang hujung tahun ini.

Mengulas mengenai manfaat ITM, beliau berkata: "Melalui proses ITM, pihak berkepentingan merentas setiap industri membina kepercayaan, mengenalpasti sinergi dan sumber-sumber serta pengalaman yang dikongsi.Dengan melakukan sedemikian, mereka menyokong satu sama lain terhadap matlamat yang dikongsi bersama yang memastikan bahawa industri, syarikat dan pekerja kekal relevan dan berdaya saing."

Encik Heng menambah bahawa pendekatan Singapura terhadap transformasi adalah sebuah pendekatan yang proaktif dan kolaboratif.

Beliau bekata bahawa sokongan daripada industri mendorong pekerja untuk terus menjalani latihan dan mengambil tugasan baharu, sebagai contoh.

Tokokan kredit yang diumumkan dalan Belanjawan tahun ini, yang membantu pekerja lebih tua membiayai kos meningkatkan kemahiran, diharapkan dapat menepati keperluan itu.

Peruntukan sebanyak S$3 bilion kepada pelan Kajian, Inovasi dan Syarikat (RIE) Singapura juga dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dalam kecerdasan buatan (AI), kemampanan dan pembuatan lanjutan.

"Pemerintah harus bekerja rapat dengan pihak berkepentingan RIE - pengkaji, Institut Pengajian Tinggi, syarikat pemula, syarikat tempatan dan syarikat multinasional, untuk menjana bersama dan meningkatkan ekonomi. Ini memerlukan pembentukan proaktif dan pelaburan yang perlahan. Memandangkan saiz kecil kita, kita perlu membangunkan pengkaji tempatan kita dan memupuk perusahaan dan syarikat permulaan kita, sambil turut menarik syarikat global terkemuka dan bakat pengkajian dan keusahawanan terkemuka untuk membentuk ekosistem yang kukuh," tambah Encik Heng.

Encik Heng berkata Singapura adalah sebuah negara yang berpandangan luas terhadap keperluan.

Maka, ia perlu terus menggalakkan syarikat tempatan untuk berinovasi dan gunakan syarikat tempatan atau global yang lebih besar untuk terus berkembang.

Matlamatnya, tambahnya, adalah untuk syarikat-syarikat ini menjadi pemain utama serantau atau global dengan hak mereka sendiri.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan