SG mesti tangkas rebut peluang baharu dari tarif Trump: DPM Gan
Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata gangguan akibat tarif Amerika Syarikat membawa peluang-peluang baharu sekiranya Singapura cukup tangkas untuk merebutnya.

DPM Gan Kim Yong berucap di satu acara DBS Bank pada 17 April. (Gambar: DBS Bank)
DPM Gan berkata pemerintah akan bekerjasama dengan negara-negara yang sependapat untuk memperluaskan perkongsian perdagangan.
Ini di samping menjalin perikatan baharu dan memperbaharui Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta mengukuhkan sistem perdagangan berbilang hala.
"WTO tidak sempurna, tetapi ia menyediakan asas bagi sistem perdagangan yang berasaskan peraturan. Kita mahu bekerjasama dengan negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat untuk memperbaharui WTO.
"Langkah-langkah ini akan membawa peluang baharu untuk syarikat-syarikat perniagaan meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan rantaian bekalan mereka," kata DPM Gan semasa berucap kepada masyarakat perniagaan di satu acara DBS.
DPM Gan ialah pengerusi Pasukan Bertindak Daya Tahan Ekonomi, yang dibentuk oleh Pemerintah sebagai respons terhadap tarif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Dalam ucapannya, DPM Gan menyeru Singapura supaya berganding bahu menangani keadaan itu.
Menurut beliau, inilah caranya Singapura mengekalkan kedudukannya dalam persekitaran luar yang semakin tidak menentu dan tidak menguntungkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.