Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG mesti bersiap sedia hadapi naik turun pasaran tenaga global

Anggaran Waktu Membaca:
SG mesti bersiap sedia hadapi naik turun pasaran tenaga global

Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng menyampaikan ucapan di Hari Aeroangkasa JTC 2021 pada 11 Okt 2021. 

SINGAPURA: Singapura mesti bersiap sedia menghadapi pasaran tenaga global yang semakin tidak menentu, yang isu tenaga yang bermula pada tahun lalu tidak mungkin menjadi isu yang terakhir, menurut Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng di Parlimen pada Selasa (8 Nov).

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sudah memperkenalkan langkah-langkah untuk menangani ketidaktentuan dalam pasaran tenaga, dedah Encik Tan semasa menjawab pertanyaan para Anggota Parlimen (AP).

"Kita berada di persimpangan kritikal dalam pembangunan pasaran tenaga kita," kata Encik Tan sambil menambah bahawa pasaran tenaga Singapura yang terbuka sejak 1990-an bermakna ramai pengguna dapat menikmati harga elektrik yang lebih rendah.

"Sungguhpun demikian, landskap tenaga sudah berubah dengan mendadak dan risiko daripada sumber-sumber bekalan baru sudah muncul." Encik Tan sudah mengenal pasti tiga sumber tersebut.

Pertama, kapasiti penjanaan tenaga yang ketat bermakna terdapat selang masa antara isyarat harga dan pembinaan penjana baru, mengakibatkan kekurangan kapasiti penjanaan tenaga, kenaikan harga elektrik secara mendadak dan berpanjangan, serta bekalan elektrik terputus.

Kedua, memandangkan Singapura bergantung kepada gas asli yang diimport bagi 'hampir kesemua' penjanaan elektriknya, kejutan pada bekalan dan permintaan global akan merebak ke pasaran tenaga tempatan, kata Encik Tan.

Ketiga - ketidaktentuan akibat "kegagalan pihak perantara" yang tidak bersedia untuk menangani naik turun pasaran yang ekstrem, kata Encik Tan, sambil merujuk kepada enam peruncit elektrik yang menarik diri dari pasaran tenaga tempatan suku keempat 2021.

USAHA MENGAWAL PASARAN TENAGA

MTI pada Oktober mengumumkan langkah-langkah baru untuk melindungi para pengguna daripada ketidaktentuan dalam tiga bidang utama penjanaan tenaga, bekalan gas asli dan pasaran elektrik
Mengimbas kembali langkah-langkah tersebut, Encik Tan berkata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan memperkenalkan pendekatan lebih bersasar untuk memudahkan pelaburan melalui tender yang lebih berdaya saing.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan