SG mesti ambil pendirian tegas terhadap penganiayaan haiwan, terus didik masyarakat: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada 8 Julai, 2025. (Gambar: CNA/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Singapura mesti mengambil pendirian tegas terhadap mereka yang sengaja mencederakan haiwan, sambil mendidik orang ramai tentang pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.
Mengulas mengenai siri kematian kucing masyarakat yang mendapat perhatian ramai awal tahun ini - termasuk empat insiden di Yishun, Punggol dan Tampines - Encik Shanmugam mengulangi pendekatan pemerintah yang tidak bertolak ansur terhadap kekejaman terhadap haiwan.
Tiada "sebarang keraguan" mengenai pendirian pemerintah dalam isu ini, katanya kepada Mediacorp pada Selasa (8 Julai).
Siasatan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) mendapati bahawa tiga daripada kematian tersebut berkemungkinan disebabkan oleh kemalangan jalan raya, tanpa bukti perbuatan kejam yang disengajakan.
Namun demikian, kebimbangan masyarakat terhadap insiden tersebut mendorong Encik Shanmugam, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi Yishun, untuk bersuara dalam catatannya di Facebook ketika itu: “Ini bukan diri kita sebagai rakyat.”
Minggu ini, seorang lelaki yang sabit kesalahan membunuh kucing dengan melemparkannya dari blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dikenakan hukuman penjara yang dinaikkan seganda selepas rayuan oleh pihak pendakwa.
“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kekejaman,” kata Encik Shanmugam, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.
“Kita mesti mengambil pendirian tegas dan tidak boleh membiarkan pelaku bebas begitu sahaja.”
Pada masa yang sama, beliau memberi amaran agar tidak terlalu menyifatkan semua kesalahan sebagai jenayah.
Akan sentiasa ada golongan minoriti yang melanggar undang-undang, katanya, sambil menekankan keperluan untuk penguatkuasaan yang disasarkan.
“Apa yang kita mahu adalah memburu mereka yang berniat jahat – yang sengaja bertindak kejam terhadap haiwan, yang menganggapnya sebagai satu sukan atau permainan,” kata Encik Shanmugam.
Sebahagian besar rakyat Singapura mematuhi undang-undang dan kebanyakan pemilik haiwan peliharaan “berniat baik”, tambahnya.
Bagi mereka yang melakukan kesilapan tanpa niat kejam, pendekatan yang wajar perlu diambil, dengan menilai tahap kesalahan dan unsur jenayah dalam perbuatan mereka.
Golongan ini harus dibimbing melalui pendidikan agar mereka tahu cara menjaga haiwan peliharaan mereka, katanya.
“Jika tidak, anda akan mendakwa terlalu ramai orang di mahkamah. Kita juga tidak mahu itu.”
HANYA 6% KES KEKEJAMAN DISAHKAN
Pada 2024, Singapura mencatat 961 kes kekejaman terhadap haiwan dan kebajikan haiwan - jumlah tertinggi dalam 12 tahun - menurut Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA).
Kes-kes ini melibatkan 2,190 haiwan, kebanyakannya kucing.
Di bawah undang-undang semasa, mereka yang didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 18 bulan, denda sehingga S$15,000, atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang berdepan hukuman lebih berat, iaitu sehingga tiga tahun penjara dan denda S$30,000.
Pesalah kali pertama yang gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga haiwan boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga satu tahun.
Undang-undang tersebut kini sedang disemak untuk meningkatkan lagi hukuman - termasuk arahan pengharaman memiliki haiwan - serta memperkukuh kuasa penguatkuasaan seperti tangkapan dan rampasan.
Hukuman yang ditetapkan memberi mesej jelas bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh diterima, kata Encik Shanmugam.
Namun beliau juga mengakui cabaran yang dihadapi agensi penguat kuasa undang-undang untuk mencari pelaku, dengan ketiadaan kamera dan saksi, yang menyebabkan kurang kes dibicarakan di mahkamah.
Dari 2019 hingga 2024, NParks menerima purata 1,200 laporan kes kekejaman dan kebajikan haiwan setiap tahun, tetapi hanya kira-kira 6 peratus kes disahkan.
Kes-kes serius dibicarakan di mahkamah, manakala pesalah lain menerima surat amaran atau denda.
KERJASAMA DENGAN KUMPULAN KEBAJIKAN HAIWAN
Menteri itu turut menekankan pentingnya bekerjasama dengan kumpulan kebajikan haiwan.
Beliau mengambil contoh Forum Kebajikan Haiwan Chong Pang, yang ditubuhkan selepas beliau memegang jawatan pada 2011 dan kemudian dinamakan semula sebagai Forum Awam Nee Soon mengenai Dasar Kebajikan Haiwan.
Forum ini menyediakan platform untuk maklum balas awam yang menghasilkan 24 cadangan undang-undang - semuanya diterima pemerintah dan banyak yang dimasukkan ke dalam Akta Haiwan dan Burung.
Tidak semua cadangan daripada kumpulan kebajikan boleh diterima, kata Encik Shanmugam.
Namun secara keseluruhan, ia adalah "usaha bersama" antara kumpulan tersebut dan pemerintah.
Yang penting, Encik Shanmugam berkata, matlamat pemerintah adalah untuk memastikan undang-undang kekal berkesan dan relevan.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.