Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG masih menilai permohonan visa CEO syarikat perkapalan yang dakwa ditolak kerana sekatan Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Permohonan visa seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan ditolak kerana dokumen sokongan tidak diserahkan sebelum tarikh akhir.

Demikian dijelaskan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (24 Jun).

Awal bulan ini, Financial Times melaporkan bahawa Singapura "enggan" memperbaharui visa kerja CEO Red Box Energy Services Philip Adkins selepas Amerika Syarikat mendapati syarikat itu melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Rusia.

Memandangkan Red Box mempunyai ibu pejabatnya di Singapura, permohonan visanya yang ditolak "memaksa beliau untuk melepaskan jawatan itu", kata Encik Adkins kepada Financial Times.

"Saya menerima akibat daripada sekatan itu, sekalipun saya tidak bersetuju dengannya," tambah beliau.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOM menyatakan bahawa Red Box telah menyerahkan permohonan pembaharuan pas kerja (EP) kepada kementerian itu bagi Encik Adkins pada Disember tahun lalu.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak pada Februari tahun ini memandangkan "dokumen sokongan yang diperlukan tidak disediakan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dalam proses permohonan itu," jelas MOM.

"Red Box Energy Services menghantar permohonan pembaharuan EP yang kedua berserta dokumen-dokumen yang diperlukan itu pada 6 Mac 2024. Permohonan itu sekarang sedang dinilai."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan