Skip to main content

Singapura

SG masih lantik pegawai polis tambahan dari Taiwan, mungkin lantik dari negara lain

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan polis tambahan masih melantik pegawai dari Taiwan, namun jumlahnya berkurangan dengan ketara sejak ia dimulakan pada 2017, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Rabu (10 Jan).

Oleh itu, Kementerian Ehwal Dalam Negeri sedang mempertimbangkan untuk meluaskan bidang kuasa dari negara mana pegawai polis tambahan (APO) boleh dilantik. Ia mungkin termasuk negara Asia seperti China, India, Filipina dan Myanmar.

Encik Shanmugam mendedahkan perkara tersebut dalam jawapan bersurat terhadap soalan Anggota Parlimen (AP) Sylvia Lim (WP-Aljunied), yang bertanya sama ada pengambilan APO dari Taiwan masih dilaksanakan dan apakah cabaran yang timbul di antaraka kalangan pegawai tersebut.

Beberapa syarikat keselamatan privet, terutamanya Certis Cisco dan AETOS, mula melantik APO dari Taiwan disebabkan kekurangan tenaga kerja tempatan. Mereka hanya mengambil rakyat Singapura dan Malaysia untuk bekerja pada masa lalu.

Pada waktu itu, Encik Shanmugam juga menarik perhatian kepada permintaan yang meningkat bagi APO, disebabkan ancaman yang meningkat dan prasarana baharu seperti Terminal 4 Lapangan Terbang Changi.

Setakat November tahun lalu, rakyat Singapura membentuk kira-kira 68 peratus daripada jumlah APO, dengan baki 32 peratus merupakan rakyat Malaysia dan Taiwan.

Encik Shangmugam pada Rabu berkata: "Kita harus membenarkan pasukan polis tambahn untuk melantik APO warga asing untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi khidmat keselamatan.

"Mereka berdepan masalah untuk mengekalkan jumlah APO yang cukup, disebabkan tenaga kerja tempatan yang menguncup, syarat seperti kecergasan fizikal, dan peluang pekerjaan bagi rakyat Singapura."

Beliau menarik perhatian bahawa pengambilan APO dari Taiwan "secara amnya positif", ia merupakan satu "cabaran untuk melantik dan mengekalkan mereka".

Jumlah pegawai sedemikian merosot lebih 60 peratus sejak 2017, kepada 70 hari ini.

Encik Shanmugam berkata ia disebabkan sifat pekerjaan keselamatan yang berdepan dengan orang awam, peluang pekerjaan lebih baik di Taiwan, keinginan untuk membina keluarga, dan rindu dengan negara mereka.

Menteri itu juga mengemukakan risiko untuk memberi warga asing membawa senjata. Beliau menambah bahawa pihak berkuasa sedang mengurus perkara tersebut melalui saringan keselamatan, latihan dan penyeliaan.

"Setakat ini, salah guna senjata oleh APO sangat jarang dan tidak berleluasa dalam kalangan warga asing," kata Encik Shanmugam.

"Kita juga lebih berhati-hati dan ketat ketika mengerahkan APO warga asing. Ia adalah persekitaran yang mencabar, disebabkan tenaga kerja yang menguncup."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita