Skip to main content

Singapura

SG masih buru Jho Low berhubung 1MDB; penyelesaian Jabatan Kehakiman Amerika 'tiada kesan' terhadap siasatan

Anggaran Waktu Membaca:
SG masih buru Jho Low berhubung 1MDB; penyelesaian Jabatan Kehakiman Amerika 'tiada kesan' terhadap siasatan

Gambar fail: Dimitrios Kambouris/AFP

SINGAPURA: Notis merah Interpol dikeluarkan terhadap ahli perniagaan rakyat Malaysia yang dalam buruan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, pada 2016 dan ia "masih berkuat kuasa", menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (16 Jul).

Menjawab pertanyaan media, SPF menyatakan bahawa perjanjian penyelesaian antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan Low serta keluarganya "tidak mempunyai kesan" terhadap siasatan jenayah ke atas Low dan rakan-rakannya".

Mediacorp pertama kali melaporkan mengenai penyelesaian DOJ Amerika itu pada hujung Jun. Ia melibatkan penyerahan aset yang dikenal pasti sebelum ini oleh pihak berkuasa, serta yang tidak pernah dituntut atau dirampas oleh agensi pendakwaan di seluruh dunia, di bawah pelan penyelesaian baharu.

Perjanjian penyelesaian global itu akan "selamanya (menyelesaikan) tindakan pelucutan hak aset sivil, jenayah dan pentadbiran Amerika atau prosiding yang berkaitan dengan pelupusan" aset yang berkaitan dengan 1MDB, menurut dokumen yang disemak Mediacorp.

"Kira-kira S$164 juta aset berkait 1MDB di Singapura masih dirampas atau dilarang daripada pelupusan," jelas pihak polis, sambil menambah bahawa ini termasuk S$101 juta yang dikaitkan dengan Low serta keluarganya.

"Polis, bersama Jabatan Peguam Negara, sedang bekerjasama dengan rakan sejawatan asing kami untuk memulangkan aset-aset ini kepada Malaysia mengikut terma perjanjian penyelesaian antara Low dan ahli keluarganya dan DOJ AS, serta dengan undang-undang kami."

Atas permintaan Singapura, Low dikenakan notis merah Interpol pada 2016, di samping rakan pernigaannya yang rapat Tan Kim Loong.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 2018 bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, pihak berkuasa Singapura menyatakan bahawa Low dan Tan "disyaki melakukan kesalahan di Singapura dan bagaimanapun tidak ditemui di sini. Pihak berkuasa Malaysia juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Low, yang masih dalam buruan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita