SG manfaat kekuatan gergasi teknologi bantu jadikan AI lebih selamat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang memanfaatkan kekuatan gergasi-gergasi teknologi secara kolektif untuk membantunya menjadikan teknologi kecerdasan buatan (AI) lebih selamat bagi syarikat-syarikat dan pihak kawal selia.
Bagi usaha itu, ia melancarkan satu rangkaian untuk menghasilkan alat pengujian AI agar memastikan teknologi itu digunakan dengan lebih bertanggungjawab.
Dilancarkan semasa Sidang Puncak Asia Tech x Singapore pada Rabu (7 Jun), Yayasan Pengesahan AI mengumpulkan sumbangan daripada syarikat-syarikat teknologi dalam pelbagai sektor untuk menjadikan teknologi AI lebih diyakini.
Langkah itu diambil di tengah-tengah keprihatinan yang kian meningkat berhubung populariti dan pengembangan AI.
Malah ia juga penting untuk merebut peluang sambil menangani risiko penggunaan AI.
"Kami percaya dengan penggunaan AI yang bertanggungjawab demi kebaikan awam. Kami akan menggalak percubaan dan penggunaannya tetapi kami juga akan berusaha untuk melindungi masyarakat daripada risiko-risiko serius yang timbul akibat AI. Pemerintah tidak boleh melakukannya secara sendirian. Sektor swasta dan ekosistem penyelidikan mempunyai kepakaran yang mendalam.
Mereka boleh dan mesti digalak untuk melibatkan diri bagi memajukan penggunaan AI demi kebaikan awam," ujar Cik Teo.
Singapura juga akan menjadikan kit pengujian Pengesahan AI sebagai sumber terbuka.
Cik Teo berkata langkah itu akan membolehkan para pemaju sistem, penyedia huraian dan masyarakat penyelidikan untuk menggunakan kit tersebut serta menyumbang kepada rangkaian itu dalam bidang-bidang seperti ketelusan, keselamatan dan kebertanggungjawapan.
Malah langkah itu juga dianggap sebagai cara baik untuk membantu syarikat-syarikat lebih memahami teknologi AI yang digunakan mereka serta membuat penyesuaian bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.