Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG mampu raih peluang jika bina kepercayaan dengan semua pihak selain AS, China, kata Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:
01:29 Min
Singapura mahu menjadi rakan kerja yang boleh diyakini oleh negara-negara lain di tengah-tengah dunia yang berpecah belah.
Diterbitkan : 09 Mar 2023 08:45PM Dikemas Kini : 09 Mar 2023 11:37PM
SINGAPURA: Singapura mahu menjadi rakan kerja yang boleh diyakini oleh negara-negara lain di tengah-tengah dunia yang berpecah belah.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata terdapat peluang yang boleh diraih jika Singapura membina kepercayaan, bukan sahaja dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, tetapi juga dengan semua pihak.

Berucap di satu persidangan pelaburan pada Khamis (9 Mac), Encik Chan menambah negara-negara lain boleh memainkan peranan yang membina di tengah-tengah ketegangan yang berlarutan antara AS dengan China.

"Ia adalah demi kepentingan dua pertiga dunia, termasuk semua perniagaan besar dan para pelabur untuk menjelaskan perkara ini bahawa keutamaan anda, keutamaan kami adalah untuk dunia yang lebih bersepadu dan bukan yang berpecah belah. Sebuah dunia yang saling bergantungan. Sebuah dunia yang disokong oleh peraturan-peraturan yang terbuka, inklusif dan boleh dijangkakan," ujar Encik Chan.

Encik Chan turut menyentuh tentang krisis COVID-19. Beliau berkata dengan memastikan sistem-sistem Singapura terbuka semasa pandemik, ia membantu negara membina reputasinya sebagai rakan kerja yang diyakini dan berprinsip.

Ia juga membenarkan semua rakan kerjanya untuk memenuhi tanggungjawab komersil dan antarabangsa.

Selain itu, Encik Chan berkata sedang teknologi dan model-model perniagaan berkembang, peraturan-peraturan Singapura juga mestilah progresif supaya ia kekal berdaya saing.
Sumber : CNA/AI/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan