Skip to main content

Singapura

SG-Maldives perdalam kerjasama dalam bidang pendidikan, kemampanan

Singapura dan Maldives sedang memperdalam kerjasama dalam pembangunan kapasiti, kemampanan dan pendidikan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jun 2025 07:20PM Dikemas Kini : 30 Jun 2025 11:45PM
SINGAPURA: Singapura dan Maldives sedang memperdalam kerjasama dalam pembangunan kapasiti, kemampanan dan pendidikan.

Perkara tersebut diumumkan sempena lawatan tiga hari Presiden Maldives Mohamed Muizzu ke Singapura, mulai hari ini (30 Jun).

Pemimpin Maldives itu berada di Singapura atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Ini adalah lawatan negara pertama beliau ke negara ini sejak dilantik pada 2023.

Dalam pada itu, kedua-dua negara, Singapura dan Maldives, turut meraikan 50 tahun hubungan diplomatik.

Dr Muizzu disambut dalam satu upacara rasmi di pekarangan bangunan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Beliau kemudian mengadakan pertemuan dengan Presiden Tharman. Encik Muizzu juga bertemu dengan Perdana Menteri Lawrence Wong, sebelum kedua-dua pemimpin menyaksikan acara menandatangani tiga perjanjian.

Antaranya, Singapura menawarkan peluang lawatan sambil belajar yang disesuaikan kepada para pegawai pemerintahan Maldives dalam bidang seperti pembangunan bandar, perdagangan dan pelancongan, serta kewangan.

Kerjasama dalam bidang pendidikan dan kemampanan juga akan ditingkatkan.

Awal dari itu, Dr Muizzu beserta isterinya juga melawat Kebun Orkid Negara.

Sempena kunjungan beliau, sejenis hibrid orkid baharu, diberi nama Panda Mohamed Muizzu Sajidha Mohamed, sebagai tanda penghormatan kepada mereka berdua.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita