Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, Malaysia meterai MOU banteras jenayah rentas sempadan

Singapura dan Malaysia memeterai satu Memorandum Persefahaman untuk memperdalam kerjasama dalam pencegahan dan juga pembanterasan jenayah rentas sempadan.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia memeterai satu Memorandum Persefahaman untuk memperdalam kerjasama dalam pencegahan dan juga pembanterasan jenayah rentas sempadan.

MOU itu dimeterai oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang Singapura K Shanmugam, di ibu pejabat MHA pada Khamis (14 Nov).

Encik Saifuddin ketika itu sedang melakukan lawatan rasmi selama dua hari iaitu pada 13 hingga 14 November ke Singapura.

Di bawah MOU yang dimeterai, kedua-dua negara akan mempertingkatkan kerjasama dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

Jenayah yang dimaksudkan antara lain merangkumi pengedaran dadah, pengganasan, jenayah siber dan kes penipuan seperti yang dilakukan menerusi wadah siber.

Satu jawatankuasa kerja bersama melibatkan kementerian ehwal dalam negeri kedua-dua negara juga akan ditubuhkan.

Ia akan mengenal pasti dan melakar kegiatan, dasar atau program di bawah rangka MOU itu.

"MOU itu adalah bukti hubungan yang lama terjalin antara jabatan Home Team dan agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia, dengan kedua-dua pihak bekerjasama dari segi perkongsian maklumat, latihan dan pembinaan keupayaan, dan saling membantu dalam pelbagai isu keselamatan," menurut Kementerian Ehwal dalam Negeri Singapura.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan