SG, Malaysia capai kemajuan dalam isu dua hala tertunggak; air bukan lagi isu 'kontroversial': PM Anwar
Singapura dan Malaysia sedang mencapai kemajuan berhubung isu-isu dua hala yang tertunggak, dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata pada Khamis (4 Dis) ia dilakukan secara konstruktif kerana menurutnya, isu "bukan lagi isu yang kontroversi" bagi Malaysia.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia sedang mencapai kemajuan berhubung isu-isu dua hala yang tertunggak, dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata pada Khamis (4 Dis) ia dilakukan secara konstruktif kerana menurutnya, isu "bukan lagi isu yang kontroversi" bagi Malaysia.
"Tentu sekali, terdapat perbezaan, tetapi tidak ada permusuhan. Dan kami tidak mengambil tindakan, sama ada Singapura atau Malaysia, untuk menghalang usaha ini," kata Encik Anwar, dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Encik Lawrence Wong.
Kedua-dua perdana menteri itu menjawab soalan dari wartawan mengenai isu-isu rumit yang tertunggak antara kedua-dua negara menyusuli pertemuan selama sejam di Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12 pada Khamis di hotel The Ritz-Carlton, Milennia Singapore.
Sebelum ini dalam ucapan pembukaannya, Encik Wong berkata beberapa isu tertunggak dibincangkan seperti mengenai ruang udara, bekalan air dan penentuan sempadan maritim.
Encik Anwar kemudian berkata dalam jawapan kepada soalan wartawan bahawa kedua-dua pihak perlu bersetuju untuk memudahkan proses menangani isu-isu tertunggak dan mempunyai sedikit kejelasan dan tidak mewujudkan isu bagi masa depan.
"Saya rasa anda sepatutnya sekurang-kurangnya memuji usaha-usaha semasa dalam interaksi tersebut," kata Encik Anwar.
"Saya tidak semestinya mencadangkan ia tidak pernah dilakukan. Ia sudah menjadi kedudukan pada masa lalu.
"Tetapi sekurang-kurangnya buat masa ini, buat kali pertama, kita mendapat parameter yang jelas, apa yang diperlukan untuk Singapura, apa yang diperlukan untuk Malaysia.
"Mari kita cari penyelesaian di mana kedua-duanya akan dapat meraih manfaat daripada ini, untuk berfungsi dengan berkesan, kedua-duanya dalam perkhidmatan udara dan juga maritim."
BERHUBUNG ISU AIR
Apabila ditanya mengenai isu air, Encik Wong berkata "ia bukan isu yang mendesak", sambil menambah kedua-dua pihak "mempunyai kepentingan bersama untuk meningkatkan hasil dan menjaga mutu air sungai Johor".
"Kami mahu melakukan ini untuk melindungi daripada kemungkinan perubahan cuaca ekstrem atau senario gangguan yang mungkin berlaku, supaya kita boleh memastikan bekalan air yang berdaya tahan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat di Johor dan juga untuk memenuhi keperluan Singapura seperti yang diperuntukkan di bawah perjanjian 1962," kata Encik Wong dalam respons kepada pertanyaan dari seorang wartawan.
Beliau menambah kedua-dua pihak sudah mula berunding mengenai harga air mentah dan tidak dirawat "tanpa merugikan kedudukan satu sama lain".
Encik Wong turut menarik perhatian bahawa ia bukan isu yang mendesak kerana terdapat "jumlah hujan yang baik pada tahun ini dan tahun-tahun kebelakangan ini".
"Tetapi kita tahu permintaan semakin meningkat. Permintaan secara amnya, untuk air, meningkat selaras dengan industri dan pelaburan yang ditarik. Dan penting sekali, kita tahu perubahan cuaca ekstrem boleh berlaku," katanya.
Sebagai contoh, mungkin terdapat musim kemarau atau senario gangguan lain yang tidak dijangkakan, kata Encik Wong.
Pada bulan lalu, operasi di Johor River Waterworks PUB digantung buat sementara waktu selama sehari selepas satu kejadian pencemaran air menjejas Sungai Johor.
Pada 2019, paras air di Empangan Linggiu di Johor yang membekalkan air kepada Singapura merosot bawah 50 peratus disebabkan oleh cuaca kering.
Disebabkan oleh pertimbangan jangka panjang sedemikian, para pegawai dari kedua-dua pihak sudah mengkaji kemungkinan menjalin kerjasama, terutama sekali dalam infrastruktur baharu bagi mengukuhkan kebingkasan bekalan air bagi Johor dan Singapura, kata Encik Wong.
Encik Anwar berkata bahawa disebabkan oleh "keberkesanan komunikasi kami dan tahap kepercayaan" antara kedua-dua pihak, air "tidak lagi menjadi isu yang kontroversi bagi Malaysia, dan Johor khususnya".
"Ya, bekalan air dari Singapura berasal dari Johor, tetapi keperluan di Johor juga banyak," katanya, sambil menambah sebarang perbincangan mengenai mekanisme harga yang dilaksanakan pada masa lalu kini menjadi lebih rumit disebabkan oleh kesan negatif terhadap pengguna di Johor.
"Perkara itu kini sedang dibincangkan dengan panjang lebar," kata Encik Anwar mengenai penetapan harga air.
Beliau berkata ia adalah penting "Singapura juga mulakan beberapa perbincangan mengenai kemungkinan pelaburan ke dalam beberapa infrastruktur dari segi badan kapasiti air, dan juga dari segi mereka yang terjejas oleh pencemaran" untuk memastikan kapasiti dan mutu air.
"Saya juga sudah menyatakan kesediaan saya untuk melihatnya secara positif," kata Encik Anwar.
BERHUBUNG ISU PENENTUAN SEMPADAN LAUT
Apabila ditanya mengenai garis masa untuk menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak, Encik Wong menegaskan keperluan kedua-dua pihak terus mengusahakannya.
"Isu-isu yang sudah lama berlarutan ada sebabnya. Ia kompleks, terdapat perbezaan pandangan, dan oleh itu kita perlu terus melibatkan diri antara satu sama lain," katanya.
"Apa yang penting ialah bagaimana kami meneruskan pelibatan itu. Dan kami melakukannya dalam semangat yang membina, dengan saling menghormati, cuba memahami pendirian antara satu sama lain."
Beliau menambah kedua-dua pihak harus cuba menghuraikan isu-isu itu "mengikut undang-undang antarabangsa dan untuk mencapai hasil yang tahan lama dan saling menguntungkan."
"Bukan selalu mudah untuk melakukannya, tetapi kami boleh terus berbincang dan mencapai kemajuan," kata Encik Wong.
Beliau menukil isu ruang udara, sambil berkongsi kedua-dua pihak mempunyai "perbincangan yang bermakna" pada Khamis.
Kedua-dua Singapura dan Malaysia mengiktiraf bahawa pengurusan ruang udara bukan mengenai kedaulatan, kata Encik Wong.
Sebaliknya, ia melibatkan keperluan semasa dan masa depan lapangan terbang yang berkhidmat untuk kedua-dua negara – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Senai di Malaysia, serta Lapangan Terbang Changi dan Seletar Singapura.
"Ia tentang mengiktiraf bahawa dalam persekitaran baru di mana jumlah trafik udara meningkat, terutamanya bagi Malaysia, antara trafik Timur-Barat, maka kita perlu melihat bagaimana untuk mengoptimumkan perkhidmatan pengurusan trafik udara dengan sebaik mungkin," kata Encik Wong.
Beliau berkata kedua-dua pihak memberi komitmen untuk melakukannya melalui kajian bersama, dan sudah oun menetapkan prinsip dan parameter mengenainya.
Walaupun isu itu "belum diselesaikan sepenuhnya", kedua-dua negara "bergerak ke hadapan dengan pendekatan yang konstruktif, dalam semangat bekerjasama dan cuba mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak", kata Encik Wong.
"Dalam semangat yang sama kita akan menangani perkara-perkara tertunggak yang lain. Bukan untuk katakan kita perlu menyelesaikan semua ini mengikut tempoh masa tertentu. Kita perlu realistik," katanya.
"Tetapi selagi kita terus berhubung antara satu sama lain, mencapai kemajuan, dan yang penting, walaupun kita tidak dapat menyelesaikan isu-isu ini sepenuhnya, kita tidak membiarkan ia mempengaruhi atau menjejaskan hubungan kita, kita masih boleh bekerjasama dalam bidang-bidang lain."
Ini termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang sedang diusahakan bersama oleh kedua-dua negara, kata Encik Wong.
"Itulah pendekatan yang kita ambil, dan saya rasa, itu adalah pendekatan yang sangat baik untuk dua negara yang rapat, rakan rapat, jiran rapat, untuk bekerjasama dengan cara yang positif."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.