Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG & Malaysia calonkan Chingay masuk senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Nov 2024 11:32PM Dikemas Kini : 30 Nov 2024 11:22PM
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia akan mencalonkan 'Chingay' untuk disertakan ke dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.

Pencalonan akan diserahkan pada Mac depan, dan keputusan akan diumumkan pada penghujung 2026.

'Chingay' adalah perarakan tahunan di Singapura yang telah berkembang sejak diperkenalkan pada tahun 1973.

Pelbagai kaum dan masyarakat kini berganding bahu untuk menjayakan acara itu melalui persembahan seni^ dan sokongan sukarelawan.

'Chingay' juga memiliki warisan yang kaya di Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Ini antara sebab kedua-dua negara mencalonkan perarakan tersebut untuk senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.

Ia juga bersempena hubungan dua hala selama 60 tahun.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berharap 'Chingay' akan terus mencerminkan identiti pelbagai kumpulan etnik di Singapura.

"Ia adalah perarakan yang mencerminkan kepelbagaian seni kita, bakat-bakat kita, tetapi juga dipenuhi dengan semangat penyertaan komuniti yang kuat, di mana setiap orang mengambil bahagian dan berasa bangga melihat hasil mereka di perarakan dalam bentuk atau cara tertentu.

"Oleh itu, ia adalah perarakan rakyat, yang telah wujud di Singapura selama lebih 50 tahun dan telah berkembang sepanjang masa, kekal relevan dan sangat menarik bagi generasi muda Singapura," katanya.

Pengurus Persatuan MESRA AJ Suhaini berkata: "Saya turut berasa bangga di atas nominasi UNESCO ini, sebahagiannya kerana MESRA telah berkecimpung ataupun terlibat dalam 'Chingay' ini sudah lama, hampir 20 tahun lebih dan dalam masa 20 tahun lebih kita lihat penglibatan anggota-anggota dalam kontinjen MESRA itu juga pelbagai. Lama kelamaan kita lihat ada juga bangsa-bangsa lain yang turut berminat untuk mempelajari warisan Melayu dan mereka ingin turut sertai kita dalam kontinjen MESRA. "

Seorang guru tari, Osman Abdul Hamid, Guru Tari turut berkongsi: "Saya amat-amat bersyukur kerana 'Chingay' dapat dihargai, warisan ini menjadikan warisan Singapura yang abadi."
 
Sumber : CNA/RL/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan