SG, Malawi meterai perjanjian beli kredit karbon
Singapura memeterai perjanjian dengan Malawi yang boleh membuka jalan untuk membeli kredit karbon dari negara Afrika itu pada masa hadapan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura memeterai perjanjian dengan Malawi yang boleh membuka jalan untuk membeli kredit karbon dari negara Afrika itu pada masa hadapan.
Matlamatnya, bagi kedua-dua negara mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai sasaran iklim masing-masing melalui projek hijau yang berwibawa.
Negara-negara tersebut akan berusaha ke arah perjanjian pelaksanaan.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu menandatangani perjanjian itu dengan rakan sejawatannya dari Malawi.
Kedua-dua negara akan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran mengenai projek kredit karbon.
"Sebagai sebuah negara yang dikurniakan dengan banyak sumber asli, Malawi terus menghadapi kesan perubahan iklim yang buruk dan semakin meningkat, bermula dari hujan yang tidak menentu dan tempoh kering yang berpanjangan hinggalah ke kemarau, banjir dan kejadian haba ekstrem.
"Namun dalam cabaran-cabaran ini terdapat potensi besar dalam tenaga boleh diperbaharui, perhutanan mampan, pertanian bijak dari segi iklim dan peluang-peluang mitigasi lain," kata Menteri Sumber Asli, Daya Tenaga & Perlombongan Malawi, Dr Jean Mathanga.
"Saya berharap kerjasama kita akan menunjukkan bagaimana kredit karbon bermutu tinggi boleh meningkatkan cita-cita mitigasi iklim global secara berwibawa dan membawa manfaat nyata kepada masyarakat tempatan seperti perlindungan alam sekitar, peningkatan akses kepada daya tenaga, jaminan air dan makanan serta penciptaan pekerjaan yang baik.
"Ini amat penting terutamanya bagi negara-negara seperti Singapura dan Malawi, yang walaupun terpisah jauh secara geografi, kedua-duanya terdedah kepada kesan perubahan iklim," kata Cik Fu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.