SG mahu perkukuh kerjasama dengan India dalam 6 bidang termasuk wujudkan ekosistem semikonduktor
Singapura dan India bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam enam bidang termasuk jagaan kesihatan, perubatan dan pengilangan maju.
DPM Gan Kim Yong di New Delhi bersama rombongannya untuk menghadiri rundingan India-Singapura peringkat menteri yang ketiga. (Gambar: Facebook/Ministry of External Affairs, Government of India)
Bercakap dengan para wartawan di New Delhi, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata kedua-dua negara berminat untuk mewujudkan ekosistem semikonduktor bagi menggalakkan kepelbagaian dan daya tahan.
Ia termasuk mengadakan sebuah pusat penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih.
DPM Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan menekankan bahawa perkongsian dan kerjasama seperti itu amat penting bagi mengharungi keadaan ekonomi global yang serba tidak menentu.
DPM Gan berada di New Delhi bersama rombongannya untuk menghadiri rundingan India-Singapura peringkat menteri yang ketiga pada Rabu (13 Ogos).
Para pemimpin turut membincangkan rancangan taman perindustrian mampan di Rajasthan, kerjasama dalam bidang tenaga mesra alam dan berkongsi kepakaran mengenai piawai keselamatan nuklear.
DPM Gan selanjutnya berkata bahawa Singapura akan bekerjasama dengan India untuk mempertingkatkan latihan jururawat bagi memenuhi keperluan jagaan kesihatan di Singapura.
Atur cara lawatan DPM Gan dan rombongannya termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Droupadi Murmu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.