Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG mahu jalin kerjasama lebih rapat dengan China dalam bidang ekonomi digital

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Mar 2024 07:35PM Dikemas Kini : 20 Mar 2024 09:01PM
ZHEJIANG: Singapura ingin bekerjasama lebih rapat dengan China dalam bidang ekonomi digital.

Menteri Kanan Teo Chee Hean menyuarakan demikian semasa lawatannya ke wilayah Zhejiang, iaitu pusat ekonomi utama di pantai timur China.
Encik Teo berkata beliau kagum dengan model pembangunan Zhejiang serta kerancakan perusahaan-perusahaan swasta di wilayah itu.

Beliau berharap, mereka boleh bekerja lebih rapat dengan syarikat-syarikat Singapura.

Perdagangan antara Singapura dengan Zhejiang berkembang 10.7 peratus tahun lalu, walaupun di tengah-tengah cabaran ekonomi sejagat.

Ogos lalu, Majlis Ekonomi dan Perdagangan Zhejiang-Singapura memeterai 16 perjanjian kerjasama dua hala.

Encik Teo kini dalam rangka lawatan seminggu ke China bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

Beliau dijadual berangkat ke Beijing, di mana beliau akan bertemu dengan para pegawai kanan China sebelum menggulung lawatannya ke negara itu.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan