Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, Maghribi kongsi harapan kukuhkan keharmonian agama, kata Masagos

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berharap Singapura dapat memanfaatkan kepelbagaiannya seperti Maghribi bagi mengukuhkan keharmonian agama.

Beliau berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Isnin (31 Okt) selepas mengadakan pertemuan dengan Penasihat Kanan kepada Raja Maghribi, Sultan Muhammad VI, Andre Azoulay.

Encik Masagos mengetuai delegasi Singapura ke Maghribi sejak 28 Oktober lalu untuk bertemu para menteri, pegawai kanan dan ulama Islam dari negara itu menyusuli Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS).

Encik Azoulay berada di Singapura bulan lalu untuk menghadiri ICCOS dan Persidangan Antarabangsa Masyarakat Bersatu Padu (ICCS).

Encik Masagos berkata dalam pertemuan mereka, Encik Azoulay berkongsi sejarah Essaouira dan hubungan rapat dan harmoni antara orang Yahudi dengan Muslim.

"Sultan Muhammad V dari Maghribi bahkan melindungi mereka daripada serangan ganas pihak Nazi yang ditujukan kepada orang Yahudi untuk menghapuskan mereka semasa Perang Dunia II. Kepelbagaian berlaku atas pengalaman sejarah yang berbeza tetapi Singapura berkongsi aspirasi yang sama dengan Maghribi dalam memanfaatkan kepelbagaian yang kita ada untuk kesejahteraan bersama dan mengukuhkan keharmonian agama," kata Encik Masagos.

Beliau menambah bahawa beliau menyaksikan bagaimana Essaouira terus meraikan kepelbagaian di Festival des Andalousies Atlantiques dengan orang Yahudi dan Muslim membuat persembahan bersama dan mesra bergaul sambil menjalin perpaduan melalui muzik.

"Melalui lawatan ini, saya berharap untuk mengeratkan lagi hubungan dan usaha bersama membina gedung-gedung ilmu berdasarkan kesimpulan yang dicapai dalam sidang ICCOS," ujar Encik Masagos.

Untuk tujuan itu, beliau bersama delegasi dari Singapura juga akan mengadakan lawatan ke Turki.
Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan