Skip to main content

Singapura

SG, Luxembourg perkukuh kerjasama dua hala

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jul 2026 08:57PM Dikemas Kini : 11 Aug 2026 03:36PM
  • Singapura dan Luxembourg memperkukuh kerjasama dua hala dengan pembukaan Kedutaan Luxembourg di Singapura, dirasmikan oleh Dr Vivian Balakrishnan dan Xavier Bettel.
  • Kedua-dua negara menekankan kepentingan keterbukaan, inovasi dan kerjasama berbilang hala untuk kekal relevan dalam dunia yang tidak menentu.
  • Mereka bersetuju untuk terus bekerjasama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa serta memperluas kerjasama dalam bidang teknologi angkasa, kuantum dan inovasi kewangan.
  • Luxembourg merupakan pelabur terbesar Singapura dari Kesatuan Eropah, mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Singapura dan Luxembourg akan terus memperkukuh kerjasama dua hala serta mengekalkan komitmen terhadap keterbukaan, inovasi dan kerjasama berbilang hala.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata kedua-dua negara yang bersaiz kecil itu memahami kepentingan untuk terus bersikap terbuka dan berinovasi bagi kekal relevan dalam dunia yang semakin tidak menentu.

Dr Balakrishnan berkata demikian semasa merasmikan pembukaan Kedutaan Luxembourg di Singapura bersama Timbalan Perdana Menteri Luxembourg Xavier Bettel pada Ahad.

Beliau berkata pembukaan kedutaan itu mencerminkan hubungan yang semakin berkembang antara rakyat, perniagaan dan pemerintah kedua-dua negara.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju mengenai kepentingan negara-negara yang mempunyai persamaan seperti Singapura dan Luxembourg untuk terus bekerjasama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa serta memperkukuh kerjasama berbilang hala.

Singapura dan Luxembourg juga telah meluaskan kerjasama dalam bidang baharu termasuk teknologi angkasa, teknologi kuantum dan inovasi kewangan.

Luxembourg merupakan pelabur terbesar Singapura dari Kesatuan Eropah (EU).
Sumber : CNA/AI/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita