Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG luluskan undang-undang bagi laman media sosial sekat kandungan berbahaya dalam 'beberapa jam'

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2022 07:08PM Dikemas Kini : 09 Nov 2022 11:10PM
SINGAPURA: Laman media sosial akan dikehendaki menyekat akses kepada kandungan berbahaya dalam tempoh beberapa jam, selepas satu undang-undang untuk mengukuhkan keselamatan online diluluskan di Parlimen pada Rabu (9 Nov).

Sekiranya mana-mana platform online enggan memadamkan kandungan berbahaya, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) boleh mengeluarkan arahan kepada pembekal akses internet untuk menyekat akses pengguna di Singapura.

Dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 3 Oktober, Rang Undang-undang Keselamatan Online (Pelbagai Pindaan) memberi kuasa kepada IMDA untuk menangani kandungan online berbahaya yang boleh diakses pengguna di Singapura,tanpa mengira penyedia kandungan tersebut.

Buat masa ini, Akta Penyiaran Singapura tidak meliputi entiti yang beroperasi di luar negara.
Ketika perbahasan sepanjang dua hari itu, hampir 20 Anggota Parlimen (AP) dari kedua-dua dari kedua-dua pihak bangkit untuk berucap mengenai kandungan online berbahaya yang semakin meningkat, dengan sebahagian daripada mereka meminta lebih banyak perlindungan untuk pengguna yang mudah terdedah seperti kanak-kanak.

Para AP juga ingin tahu bagaimana pihak berkuasa akan menentukan sesuatu itu kandungan sebagai "buruk", dan sebab menghantar mesej peribadi tidak dimaktubkan di bawah undang-undang baru itu.

Dalam ucapan penutupnya, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata sekiranya bidang Rang itu menjadi terlalu luas dan susah dikawal, tidak fokus dan akhirnya tidak berkesan jika ia meliputi terlalu banyak jenis platform atau kandungan berbahaya kerana bertindak awal.

"Pendekatan kami adalah untuk mengenal pasti dan menangani bidang bahaya tertentu dengan cara yang disasarkan. Sama ada undang-undang akan disepadukan kemudian, masih belum ditentukan. Pada masa ini, adalah lebih penting untuk kita menyediakan undang-undang yang menangani bahaya dengan berkesan," katanya.

Cik Teo akur bahawa beberapa kandungan buruk mungkin jatuh pada lingkungan kurang jelas, yang susah untuk ditentukan dengan jelas. Dalam kes sedemikian, IMDA akan mengambil langkah objektif.

Mengenai sebab komunikasi peribadi dikecualikan di bawah undang-undang itu, Cik Teo berkata: "Jawapan ringkasnya ialah terdapat kebimbangan tentang privasi."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan