Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG luluskan rang undang-undang ganti sistem DORSCON dengan rangka kerja 4 tahap keadaan kesihatan awam

Singapura sudah meluluskan rang undang-undang yang menggantikan sistem Keadaan Sistem Tindak Balas Wabak Penyakit (DORSCON) dengan rangka kerja empat tahap keadaan kesihatan awam bagi menangani ancaman penyakit berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Mar 2024 07:30PM Dikemas Kini : 07 Mar 2024 08:52PM
SINGAPURA: Singapura sudah meluluskan rang undang-undang yang menggantikan sistem Keadaan Sistem Tindak Balas Wabak Penyakit (DORSCON) dengan rangka kerja empat tahap keadaan kesihatan awam bagi menangani ancaman penyakit berjangkit.

Ia sebahagian daripada pindaan terhadap Akta Penyakit Berjangkit (IDA) untuk menyelaraskan perundangan dan membuat peruntukan supaya operasi lebih cekap sekiranya berlaku pandemik di masa hadapan.

"Ia digunakan bagi khidmat awam, antara agensi untuk menyelaraskan respons, untuk merancangkan sumber dan untuk membuat perancangan tindak balas, ia sebenarnya berlaku secara dalaman.

"Namun semasa COVID-19, ia seolah-olah menjadi kod perhubungan luaran dan ia mencetuskan pelbagai reaksi di pasar raya.

"Dengan perubahan ini, yang kami ada dengan Akta baharu ini, kami mempunyai empat tahap, iaitu garis dasar, penularan dan kemudian ancaman dan darurat. Saya rasa ia lebih intuitif dan jelas," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

Keempat-empat tahap itu akan membolehkan bagi pengurusan lebih cepat bagi setiap peringkat penularan.

Tahap darurat melibatkan lagi dua kuasa tambahan: Menteri Kesihatan boleh mengisytiharkan mana-mana zon atau seluruh Singapura sebagai zon larangan dan mengenakan perintah berkurung.

Beliau juga boleh mendapatkan sumber yang diperlukan seperti katil-katil hospital, ambulans dan tenaga kerja.

Pindaan lain memperkasakan menteri kesihatan untuk memperincikan keperluan perjalanan keluar dan masuk semasa penularan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan