SG lulus undang-undang tangani insiden di Laluan RTS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen (AP) pada Selasa (5 Mei), termasuk bagaimana Singapura dan Malaysia akan mengendalikan kecemasan dan jenayah yang berlaku di Laluan RTS Johor Bahru-Singapura.
Rang Undang-Undang Laluan Rel Rentas Sempadan (Penempatan Bersama Kawalan Sempadan) diluluskan di Parlimen pada hari yang sama, dengan enam AP mengemukakan beberapa soalan mengenai sejauh mana kuasa undang-undang Singapura dan Malaysia di laluan baharu itu.
Antara lain, rang undang-undang itu membenarkan penempatan bersama kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin kedua-dua negara di setiap stesen.
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong berkata kelulusan rang undang-undang ini membolehkan undang-undang Singapura bukan sahaja menampung Laluan RTS, malah juga mana-mana projek laluan rel rentas sempadan pada masa depan yang menggunakan model penempatan bersama.
Penempatan kemudahan imigresen kedua-dua negara di setiap stesen bermakna penumpang boleh menjalani pemeriksaan imigresen keluar dan masuk sebelum menaiki tren, tanpa perlu melalui pemeriksaan tambahan selepas turun RTS.
“Pelawat tidak perlu menjalani pemeriksaan imigresen lagi apabila tiba di Malaysia, dan boleh terus keluar dari tren ke Johor Bahru,” kata Encik Tong.
Apabila ia mula beroperasi, Laluan RTS akan mampu mengangkut sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah, dengan perjalanan antara stesen Woodlands North dengan Bukit Chagar mengambil masa kira-kira lima minit.
MEMASTIKAN PEGAWAI DIPERTANGGUNGJAWABKAN
Penempatan bersama ini bermakna pegawai Malaysia akan ditempatkan di zon kastam dan imigresen di stesen Woodlands North di Singapura, manakala pegawai Singapura akan ditempatkan di stesen Bukit Chagar di Malaysia.
Encik Tong berkata undang-undang baharu itu akan memberikan kebenaran undang-undang rasmi kepada para pegawai Malaysia di kawasan yang ditetapkan di Singapura untuk menjalankan pemeriksaan sempadan dan keselamatan ke atas para penumpang yang berlepas ke Malaysia.
Undang-undang Singapura akan terus terpakai di kawasan tersebut, manakala senarai undang-undang Malaysia yang khusus bagi pemeriksaan imigresen dan keselamatan juga akan dikuatkuasakan.
AP Cassandra Lee (PAP-West Coast-Jurong West), Yip Hong Weng (PAP-Yio Chu Kang) dan Vikram Nair (PAP-Sembawang) membangkitkan persoalan tentang bagaimana para pegawai di kedua-dua pihak akan dipertanggungjawabkan.
Encik Nair bertanya bagaimana kebertanggungjawaban dan pemantauan dapat dipastikan bagi tindakan pegawai asing yang beroperasi di Singapura.
Encik Tong berkata penggunaan undang-undang kawalan sempadan Malaysia hanya terhad kepada kawasan yang ditetapkan di stesen Woodlands North, yang akan ditandakan dengan jelas.
Beliau menambah bahawa pelaksanaan undang-undang Malaysia di kawasan tersebut adalah “semata-mata untuk membolehkan para pegawai Malaysia menjalankan pemeriksaan sempadan dan keselamatan yang diperlukan ke atas penumpang yang berlepas ke Malaysia”.
Beliau turut menegaskan bahawa undang-undang Singapura kekal berkuat kuasa di seluruh kawasan stesen Woodlands North.
“Pegawai Singapura sedia membantu penumpang jika perlu, dan jika penumpang menghadapi masalah atau memerlukan bantuan di kawasan tersebut, mereka harus bertindak seperti di tempat lain di Singapura dan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa Singapura apabila perlu,” kata Encik Tong.
AP Dennis Tan bertanya sama ada pegawai Singapura yang ditempatkan di Malaysia akan diberikan kuasa dan perlindungan yang setara.
Encik Tong berkata undang-undang Malaysia memberikan imuniti kepada pegawai Singapura di sana, serupa dengan perlindungan yang diberikan kepada pegawai Malaysia di Singapura.
KECEMASAN
Encik Tong berkata rang undang-undang itu juga merangkumi peruntukan untuk menguruskan insiden di landasan laluan rel ketika bergerak antara kedua-dua negara.
Jika RTS dapat menamatkan perjalanan, sebarang insiden di dalamnya akan dikendalikan oleh pihak berkuasa negara tempat tren itu berhenti.
Jika RTS terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanan, negara di mana tren itu berada akan menguruskan insiden tersebut.
Namun terdapat satu segmen landasan sepanjang 17 meter di antara penanda sempadan kedua-dua negara, iaitu antara Pier 47 Malaysia dengan Pier 48 Singapura.
Jika tren itu terkandas di kawasan itu, kedua-dua negara bersetuju menggunakan bahagian hadapan tren sebagai penentu negara yang bertanggungjawab.
Bagi tren menuju Singapura, jika bahagian hadapan belum melepasi Pier 48, Malaysia akan mengetuai; jika sudah melepasi, Singapura akan mengambil alih.
Bagi tren menuju ke Malaysia, jika bahagian hadapan belum melepasi Pier 47, Singapura akan mengetuai; jika sudah melepasi, Malaysia akan mengambil alih.
Bagi insiden yang tidak melibatkan tren tetapi berlaku di kawasan antara Pier 47 dengan 48, negara yang tiba terlebih dahulu akan menjadi pengurus insiden.
“Bagi semua insiden rentas sempadan, apabila satu negara mengambil peranan sebagai pengurus insiden, negara satu lagi akan menghulurkan sokongan yang diperlukan apabila diminta,” kata Encik Tong.
Encik Nair turut bertanya sama ada latihan bersama akan dijalankan sebelum Laluan RTS dibuka bagi memastikan kedua-dua pihak bersedia.
Encik Tong berkata kedua-dua pihak sudah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bersama yang menyeluruh, dan latihan bersama akan dijalankan lewat tahun ini.
BIDANG KUASA
Encik Tong berkata jenayah biasa seperti kecurian dan pencabulan kehormatan yang mungkin berlaku di dalam tren juga perlu dipertimbangkan.
Singapura dan Malaysia bersetuju untuk mempunyai bidang kuasa jenayah serentak bagi kesalahan yang berlaku di dalam tren yang sedang dalam perjalanan, serta di landasan antara Pier 47 dan 48.
Bagi Laluan RTS, mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang Singapura semasa berada dalam tren yang sedang bergerak akan dianggap seolah-olah kesalahan itu dilakukan di Singapura.
“Ini membolehkan Singapura menyiasat dan mendakwa kesalahan yang dilakukan di lokasi tersebut walaupun ia mungkin berada di luar Singapura,” kata Encik Tong.
Beliau menambah bahawa Malaysia juga mempunyai bidang kuasa ke atas kesalahan jenayah di dalam tren dan di landasan antara Pier 47 dan 48.
Namun, kedua-dua negara bersetuju bahawa negara tempat tren itu menamatkan perjalanan akan mempunyai hak utama untuk melaksanakan bidang kuasa.
AP Sylvia Lim bertanya sama ada terdapat kes di mana kedua-dua negara mempunyai kepentingan untuk menangani jenayah tersebut.
Encik Tong berkata terdapat situasi di mana satu negara mungkin mahu mengambil tindakan, namun terdapat proses untuk kedua-dua negara berbincang jika kedua-duanya melihat kepentingan awam untuk mendakwa kes tersebut.
Beliau menambah bahawa kedua-dua negara tidak menetapkan secara tetap definisi kepentingan awam kerana setiap situasi mungkin berbeza.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.