SG lulus Rang Undang-Undang galak pendermaan, kurangkan pembaziran makanan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Pendermaan Makanan Orang Baik Hati pada Rabu (7 Ogos).
Antara lain, penderma makanan tidak perlu risau dikenakan hukuman jika penerimanya jatuh sakit setelah memakannya.
Namun penderma perlu mematuhi empat syarat termasuk memberitahu penerima cara mengendalikan makanan supaya ia kekal selamat untuk dimakan.
Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Louis Ng yang membentangkan Rang itu
memberitahu Parlimen, ia adalah sebahagian daripada gerakan lebih besar untuk membawa perubahan dalam soal bagaimana negara ini mendekati isu pembaziran makanan dan jaminan bekalan makanan.
"Kita harus berubah. Saya harus menegaskan bahawa tumpuan utama Rang ini bukan setakat menggesa orang ramai untuk menderma makanan, tetapi untuk benar-benar meminta orang ramai memikirkan semula tentang budaya pembaziran (makanan)," katanya.
Sejumlah AP bangkit memberikan pandangan mereka bagi memastikan keselamatan makanan yang didermakan.
Mereka juga berpendapat Rang itu boleh menggalakkan pendermaan makanan dan mengurangkan pembazirannya.
Seorang daripada mereka ialah AP GRC Chua Chu Kang, Zhulkarnain Abdul Rahim.
"Saya telah meninjau antara masjid-masjid di Choa Chu Kang dan rata ratanya mereka menyambut baik pindaan Rang Undan- Undang ini," kata Encik Zhulkarnain.
Tambah beliau: "Dahulunya pihak masjid yang menerima derma makanan akan memerlukan si penderma untuk mengisi borang butir lanjut dan memerlukan mereka untuk menandatangani borang penafian liabiliti supaya pihak masjid dan sukarelawan terlepas daripada dipertanggungjawabkan jika terdapat sebarang tuntutan untuk ganti rugi sekiranya ada orang yang terjejas kesihatannya setelah memakan makanan yang didermakan.
"Namun, ini tidak melepaskan mereka daripada liabiliti dari segi jenayah. Justeru, Rang ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai lagi penderma dan banyak lagi organisasi untuk menderma makanan setelah adanya imuniti bagi pihak penderma daripada liabiliti sivil atau kriminal. Sekali gus ini juga diharapkan dapat memupuk sifat tidak membazirkan makanan seperti inisiatif di Singapura."
AP GRC Ang Mo Kio, Ng Ling Ling pula berharap Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dapat bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menyediakan latihan dan bimbingan kepada bakal penderma.
"MSE boleh bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menyediakan latihan dan bimbingan kepada bakal penderma makanan untuk membantu mereka memahami dan mematuhi keperluan Rang Undang-Undang ini," ujarnya.
Menjawab, Setiausaha Parlimen Kanan MSE, Baey Yam Keng berkata kementeriannya akan mengkaji cadangan tersebut dan melihat cara untuk memperkasakan usaha mengurangkan pembaziran makanan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.