SG lulus import ayam hidup dari ladang Indonesia; kiriman bekalan pertama sudah tiba
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sudah mula mengimport ayam hidup dari sebuah ladang di Indonesia.
Demikian diumumkan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Ahad (14 Mac).
Pada Julai tahun lalu, Singapura menambah Indonesia sebagai sumber baru untuk mengimport ayam sejuk, beku dan yang sudah diproses. Singapura sebelum ini mengimport ayam hidup dari Malaysia sahaja.
Dalam satu hantaran Facebook pada Ahad (14 Mei), SFA menyatakan bahawa sebuah ladang di Indonesia, yang bebas daripada influenza unggas atau lebih dikenali sebagai selesema burung, telah diluluskan sebagai sumber baru ayam hidup untuk Singapura.
Konsainan bekalan ayam hidup yang pertama dari Indonesia sudah tiba di sini pada pagi Sabtu menerusi kapal.
Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Dr Koh Poh Koon, berkata: "Dengan kelulusan ladang baru ini, pengguna dan perniagaan Singapura akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk ayam, mengukuhkan lagi daya bingkas bekalan ayam kami.
"Bahkan sedang kami terus mempelbagaikan sumber import kami, kami mesti bersiap siaga bagi sebarang gangguan bekalan makanan dari semasa ke semasa."
Beliau menggesa orang ramai untuk bersikap fleksibel dengan pilihan makanan mereka and memilih alternatif seperti makanan beku atau pilihan protein lain.
SFA menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan Perkhidmatan Haiwan & Veterinar (AVS), pihak berkuasa Indonesia dan para pemain industri untuk membawa ayam hidup dari ladang itu.
"SFA dan AVS sedang bekerja rapat dengan industri tersebut untuk memantau dan memperhalusi proses logistik di pelbagai peringkat rantaian bekalan demi memastikan keselamatan makanan dan kesihatan haiwan," nyata agensi tersebut.
Ayam hidup, seperti ternakan lain, serta produk daging dan telur hanya boleh diimport dari sumber-sumber yang diiktiraf SFA dan AVS.
"Kami memastikan sumber-sumber mempunyai sistem, proses dan keupayaan yang diperlukan untuk menyediakan bekalan ayam yang bebas daripada Influenza Unggas Patogenisiti Tinggi selain memenuhi piawaian dan peraturan keselamatan makanan serta kesihatan haiwan," tekan SFA.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.