Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG lihat potensi peluang ekonomi di Afrika Selatan, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SG lihat potensi peluang ekonomi di Afrika Selatan, kata PM Lee

Gambar: Facebook/Lee Hsien Loong

SINGAPURA: Para peniaga Singapura boleh menawarkan sokongan kepada Afrika Selatan dalam bidang teknologi pertanian, huraian pelabuhan dan kargo, serta pembangunan bandar.

Satu delegasi terdiri daripada 17 perusahaan sedemikian mengiringi Perdana Menteri Lee Hsien Loong bagi lawatan rasmi pertama beliau ke Afrika Selatan.

Semasa sesi perbincangan meja bundar bersama para peniaga di Cape Town, PM Lee berkata Singapura melihat, potensi peluang ekonomi di Afrika Selatan.

Tambah PM Lee, hubungan rentas rantau antara Asia Tenggara dengan Afrika semakin berkembang.

Ini walaupun ikatan sejarah antara kedua-duanya tidak mendalam.

Contohnya, kini terdapat sekitar 100 syarikat Singapura di 40 negara Afrika, dengan nilai pelaburan lebih S$25 bilion.

Menurut PM Lee, semua negara perlu mencari cara baru untuk meningkatkan ekonomi serta terus makmur.

Ini sedang sistem perdagangan berbilang hala kian terancam.

"Berdasarkan latar belakang ini, respons kita adalah untuk terus memperkukuh kerjasama antara satu sama lain. Bukan hanya di rantau masing-masing, tapi juga merentasi rantau-rantau lain di dunia. Mendekati mereka, kukuhkan kerjasama dan cari peluang-peluang baru bagi manfaat bersama," kata PM Lee.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan