SG lapor 4 kes import subvarian BQ.1, BQ1.1 Omicron
Anggaran Waktu Membaca:
![SG lapor 4 kes import subvarian BQ.1, BQ1.1 Omicron SG lapor 4 kes import subvarian BQ.1, BQ1.1 Omicron](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--ZC1QzdNT--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2022/10/26/omicron.jpg?itok=-A3U4ZBw)
Dewan ketibaan di Lapangan Terbang Changi Terminal 2. (Gambar: CNA/Grace Yeoh)
SINGAPURA: Singapura mengesahkan empat kes subvarian BQ.1 dan BQ1.1 Omicron pada Ahad (23 Okt), yang mana kesemuanya merupakan kes jangkitan import, dedah Kementerian Kesihatan (MOH).
Kesemua pesakit itu tidak dimasukkan ke hospital, tambah MOH sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (26 Okt).
Subvarian BQ.1 serta BQ1.1 adalah jujukan varian BA.5 Omicron dan pertama kali dikesan pada Julai lalu di Nigeria. Kedua-dua subvarian itu kini sudahpun dikesan di lebih 50 negara.
"Meskipun kedua-dua subvarian tersebut membentuk bilangan kecil kes COVID-19 di seluruh dunia, jumlah kes BQ.1/BQ.1.1 kian meningkat baru-baru ini di beberapa bahagian Eropah dan Amerika Utara," jelas MOH.
"Pemerhatian daripada negara-negara tersebut mencadangkan BQ.1/BQ.1.1 berkemungkinan lebih mudah berjangkit berbanding BA.5 tetapi tiada bukti setakat ini bahawa ia menyebabkan penyakit lebih teruk."
Minggu lalu, Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, menganggarkan kedua-dua subvarian itu membentuk 16.6 peratus daripada jumlah varian koronavirus yang merebak di Amerika Syarikat.
Subvarian BQ.1 dan BQ.1. merebak dengan pantas, terutama sekali di New York, tambahnya.
MOH menyatakan pihaknya memantau dengan rapi maklumat berhubung varian-varian baru dan penularan varian itu dalam masyarakat setempat. Kementerian itu menambah ia akan memberikan kemas kini sekiranya terdapat perkembangan penting.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.