SG & Laos meterai perjanjian kredit karbon, tingkat kerjasama pendidikan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Laos pada Selasa (9 Jul) memeterai satu perjanjian kredit karbon yang akan membantu kedua-dua negara mencapai sasaran iklimnya.
Perjanjian itu juga akan memudahkan pelaburan, mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan penggunaan teknologi bersih.
Perjanjian tersebut dimeterai semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone ke Singapura.
Encik Siphandone diberi sambutan penuh istiadat semasa acara yang diadakan di Bangunan Parlimen.
Semasa lawatannya, Singapura dan Laos memperbaharui kerjasama dalam bidang pendidikan.
Ia termasuk menggalakkan pertukaran antara pelajar, perkongsian maklumat dan amalan terbaik serta peluang biasiswa.
Lawatan itu dilakukan sedang Singapura dan Laos meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, Singapura mahu meningkatkan kerjasama dengan Laos.
Perniagaan-perniagaan, menurutnya, sedang meneroka peluang dalam sektor-sektor seperti prasarana, logistik dan pelancongan.
PM Wong turut menarik perhatian bahawa kedua-dua pihak juga berkongsi pandangan tentang pentingnya menegakkan orde antarabangsa yang terbuka, stabil dan berasaskan undang-undang.
"Ini sebabnya Singapura menyokong sepenuhnya tema Laos selaku Pengerusi ASEAN iaitu 'Meningkatkan Keterhubungan dan Daya Ketahanan'" kata PM Wong.
"Kami menyokong sepenuhnya matlamat untuk meningkatkan keterhubungan dan daya ketahanan rantau ini, terutama sekali dalam dunia yang semakin bergolak.
"Menerusi Program Kerjasama Dipertingkat Singapura-Laos, Singapura gembira untuk menyumbang dengan cara kami sendiri kepada Laos sebagai pengerusi," tambahnya.
Encik Siphandone berkata beliau amat menghargai hasil mesyuarat dengan PM Wong.
Menurut beliau, kesihatan awam, kewangan dan perbankan adalah antara bidang kerjasama baharu yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut.
Encik Siphandone juga mengulangi komitmen beliau untuk bekerja rapat dengan Singapura bagi memperkukuh apa yang disifatkannya sebagai 'kerjasama politik yang baik' antara kedua-dua negara.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.