Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG lanjutkan perintah kawalan COVID-19 selama setahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perintah kawalan untuk mencegah penularan COVID-19 dilanjutkan selama setahun buat kali terakhir pada Isnin (6 Mac).

Langkah itu akan membolehkan pihak berkuasa untuk bertindak dengan pantas jika muncul varian-varian baru dan berbahaya.

Parlimen meluluskan pindaan kepada Akta COVID-19 (Langkah Sementara) 2020 untuk melanjutkan kesahan Bahagian 7 Akta tersebut.

Ia akan memberi kuasa kepada Pemerintah untuk menguatkuasakan peraturan demi mencegah, memberi perlindungan terhadap, menangguhkan atau mengawal koronavirus di negara ini.

Ini termasuk sekatan pergerakan seperti "pemutus rantaian jangkitan" yang dikuatkuasakan dari April hingga Jun 2020.

Pada Isnin, Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Janil Puthucheary memberitahu Dewan bahawa meskipun Singapura kini menyifatkan koronavirus sebagai endemik, orang ramai "tidak boleh menganggap enteng keadaan semasa atau cepat berpeluk tubuh.

Dr Puthucheary memberi amaran: "Masih terdapat ketidakpastian mengenai bagaimana COVID-19 akan berkembang di seluruh dunia. Virus itu terus menular dan akan terus berubah bentuk.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan kemunculan varian-varian baru yang boleh menyebabkan gelombang jangkitan dan memberi tekanan pada sumber jagaan kesihatan kita."

Beliau menarik perhatian bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) terus memantau keadaan COVID-19 dan evolusi virus itu menerusi rangkaian antarabangsa dan pemantauan dalam negeri.

Usaha tersebut dilaksanakan untuk mengesan tanda-tanda awal varian baru yang mungkin lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk.

Jika varian seumpama itu muncul, Singapura mesti terus mempunyai prasarana yang diperlukan bagi mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya," tambah Dr Puthucheary.

Beliau berkata MOM sudah mula melakukan satu semaka untuk mempertingkatkan
Akta Penyakit Berjangkit (IDA). Akta tersebut merupakan perundangan utama Singapura untuk mengawal dan mencegah penyakit berjangkit. Semakan tersebut bertujuan untuk melakukan pindaan terhadap akta itu pada separuh kedua tahun ini.

 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan