Skip to main content

Singapura

SG lancarkan Hari Air Sedunia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Mar 2023 08:35PM Dikemas Kini : 08 Mar 2023 08:51PM
SINGAPURA: Lebih 100 sekolah akan meraikan Hari Air Sedunia Singapura dengan menjalankan latihan-latihan catuan air.

Ini merupakan kali pertama agensi air negara (PUB) kembali menjalankan latihan itu sejak 2019.

Lebih 34,000 pelajar akan melalui latihan gangguan bekalan air.

Di Sekolah Kong Hwa, bekalan air dihentikan selama setengah jam.

Murid-murid beratur untuk mendapatkan beg air dari lori PUB dan berpeluang mempelajari supaya menghargai bekalan air yang bersih.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu turut hadir di sekolah itu untuk membantu mengagihkan beg-beg tersebut.

"Ia penting bagi kami untuk mendedahkan kepentingan air yang berharga buat kami pada usia yang muda, supaya ia dapat diajarkan kepada generasi seterusnya," kata Cik Fu.

"Dan kami harap dengan melakukan sedemikian, terdapat tumpuan kepada ekosistem air kami, sistem sungai kami dan kami secara peribadi, secara individu mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menjaga saluran air kami," tambahnya.
 
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita