SG lancar rangka kerja nasional bangunkan ruang jagaan kesihatan dengan lebih pantas dan jimat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hospital-hospital baharu di Singapura kini boleh dibina dengan lebih pantas dan lebih baik, pada kos yang lebih rendah.
Ini dapat dicapai melalui satu pelan induk nasional baharu - Piawaian Reka Bentuk Kemudahan Jagaan Kesihatan (HFDS).
Menerusi piawaian baharu ini, masa yang diambil untuk membina sebuah hospital besar baharu boleh disingkatkan sebanyak beberapa tahun.
Usaha ini dijalankan sedang negara ini bersiap sedia bagi permintaan lebih tinggi untuk katil hospital di tengah-tengah bilangan penduduk yang kian menua.
Piawaiannya akan diwujudkan dalam format realiti maya, memaparkan cara standard bagi menyusun wad, reka bentuk panduan arah, serta sistem paip dan lif yang akan digunakan di hospital-hospital akan datang.
Hospital Besar dan Masyarakat di estet Tengah akan menjadi hospital pertama di Singapura yang menggunakan kaedah HFDS sepenuhnya.
Menerusi pendekatan yang diperhalusi itu, hospital tersebut dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun, iaitu lebih singkat berbanding tempoh 10 tahun yang diambil untuk membina Kampus Kesihatan Woodlands yang dibuka tahun lalu.
Rangka kerja berkenaan juga akan menjadi panduan bagi projek-projek akan datang, seperti Menara Perubatan Tan Tock Seng yang baharu dan projek naik taraf Hospital Universiti Nasional (NUH) di Kent Ridge.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.