Skip to main content

Singapura

SG lancar pusat pendidikan perwatakan dan kewarganegaraan

Anggaran Waktu Membaca:
SG lancar pusat pendidikan perwatakan dan kewarganegaraan

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

SINGAPURA: Sistem pendidikan Singapura akan memberi lebih banyak tumpuan kepada nilai-nilai para pelajarnya dengan melancarkan sebuah pusat pendidikan perwatakan dan kewarganegaraan.

Pusat itu adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini.

Ia akan membantu para pengkaji dan pendidik memahami cabaran-cabaran dan isu-isu global baru yang dihadapi setiap kumpulan pelajar.

"Dunia sentiasa berubah-ubah. Kita tahu bahawa para pelajar kita akan memerlukan set kemahiran baru di luar bidang akademik," kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.

"Misalnya, keupayaan mereka untuk memahami dunia luar, keupayaan mereka untuk bekerjasama dengan dunia luar dan bekerja dalam pasukan silang disiplin, bekerja merentasi budaya, keupayaan mereka untuk mengimbangi perkembangan sosial, emosi dan juga perkembangan akademik mereka," tambah Encik Chan.

Pusat tersebut bertempat di Institut Pendidikan Nasional (NIE) di mana semua guru dilatih sebelum menyertai sistem sekolah nasional.

Menurut pusat itu, semua guru berperanan memupuk nilai-nilai, tidak kira subjek apa mereka ajar.

Pusat tersebut juga akan terus mengkaji cara meningkatkan lagi cara pengajaran pendidikan perwatakan dan kewarganegaraan, untuk memastikan pengajarannya disampaikan secara berkesan.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita