SG lancar program kajian baru perkasa penghasilan makanan laut
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan melancarkan sebuah program kajian baru yang akan membantu para penternak untuk menghasilkan makanan laut dengan lebih cepat dan berkesan.
'The Aquapolis' ialah program yang menggabungkan ahli-ahli akamdemik dengan sektor industri.
Ia dilihat sebagai satu langkah dalam perjalanan Singapura untuk menjadi pusat kajian akuakultur dan inovasi yang unggul.
Program itu akan membantu mewujudkan huraian-huraian yang lebih inovatif, selain membangunkan bakat.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing ladang-ladang tempatan untuk membantu Singapura mencapai matlamat menghasilkan 30 peratus daripada keperluan makanan menjelang akhir dekad ini.
Sebuah pusat baru juga akan dibina di Pulau Sekijang Bendera untuk meneliti huraian teknologi yang boleh meningkatkan jumlah penghasilan.
Ia juga akan melatih para penternak dari Singapura dan rantau ini.
"Pemanasan global menyebabkan perubahan corak cuaca yang ekstrim dan ini akan menjejas kemampuan dan kapasiti pengeluaran makanan.
"Air yang semakin hangat boleh membawa kepada tahap patogen yang lebih tinggi dalam air, insiden jangkitan yang lebih tinggi dan angka kematian ikan juga akan naik, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu.
"Jadi, ia amat penting untuk menyemak semula cara kita menghasilkan makanan dan mengamalkan pengeluaran makanan yang mampan," tambah beliau.

Sumber : CNA/SA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.