SG lancar piawai kemampanan pusat data dalam persekitaran iklim tropika
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Khamis (8 Jun) memperkenalkan piawai kemampanan untuk pusat-pusat data yang beroperasi dalam persekitaran iklim tropika.
Ini setelah sebuah kumpulan kerja menetapkan garis pandu yang membolehkan pusat-pusat data beroperasi pada suhu lebih tinggi sambil mengoptimumkan kecekapan tenaga measing-masing.
Piawai baru itu bermatlamat untuk membantu pusat-pusat data meningkatkan suhu operasinya secara bertahap-tahap kepada 26 darjah Celsius dan seterusnya.
"Dalam pusat data biasa, sistem penyejukan menyumbang sehingga 40 peratus daripada jumlah penggunaan tenaga dengan banyak pengendali memilih untuk mengendalikan peralatan mereka pada suhu 22 darjah Celsius dan lebih rendah dari itu,” menurut IMDA dalam kenyataan medianya.
Penyejukan pusat data dalam persekitaran yang lebih panas menimbulkan cabaran tambahan kerana lebih banyak tenaga digunakan untuk mengendalikan sistem penyejukan, tambahnya.
Di bawah piawai baru itu, pusat data boleh mendapat manfaat daripada 2 peratus hingga 5 peratus penjimatan tenaga, dengan setiap peningkatan 1 darjah Celsius pada suhu operasi, dedah IMDA.
Agensi itu sudah menguji piawai tersebut bersama dengan para pengendali di Singapura. Antaranya ialah Digital Realty, yang berjaya meningkatkan suhu operasinya 2 darjah Celsius di dua pusat data mereka.
Ini diterjemahkan kepada pengurangan kira-kira 2 peratus hingga 3 peratus daripada jumlah penggunaan tenaga dalam dewan data ini sepanjang tempoh percubaan setakat ini.
Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) juga sudah mula menguji suhu lebih tinggi di pusat data pemerintah.
IMDA turut menarik perhatian bahawa walaupun pusat data menjadi kunci ekonomi digital, pusat-pusat data juga merupakan pengguna intensif sumber seperti tanah, air dan tenaga - menyumbang kepada jejak karbon.
Sedang permintaan bagi pusat data meningkat, kecekapan tenaga akan menjadi kritikal dalam memastikan pertumbuhan industri yang mampan, tegas IMDA.
Ia juga sedang bekerjasama dengan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) untuk mengemas kini skim Tanda Hijau bagi pusat data untuk menggalak penggunaan piawai kemampanan yang lebih baik.
Skim Tanda Hijau menetapkan kecekapan tenaga dan penanda aras kemampanan bagi industri tersebut, di samping menilai kesan alam sekitar dan prestasi bangunan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.