Skip to main content

Singapura

SG lancar piawai baharu bagi kawal pelepasan bahaya daripada cat dalam bangunan

Singapura telah melancarkan piawai teknikal baharu yang akan mengawal pelepasan berbahaya daripada cat-cat dan salutan dalam bangunan.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura telah melancarkan piawai teknikal baharu yang akan mengawal pelepasan berbahaya daripada cat-cat dan salutan dalam bangunan.

Ia bagi memastikan mutu udara dalam bangunan yang baik.

Pelepasan bahan kimia tanpa terkawal seperti formaldehid serta kompaun organik yang tidak stabil boleh menimbulkan risiko terhadap kesihatan penghuni bangunan dan menyumbang kepada perubahan iklim.

Menyusuli laporan media baru-baru ini di mana beberapa individu dilaporkan jatuh sakit disebabkan oleh paras formaldehid yang tinggi, pihak berkuasa menyatakan di Parlimen bahawa mereka sedang menyemak peraturan sedia ada mengenai mutu udara dalam bangunan.

Pada awal tahun ini, Singapura juga mengumumkan ia akan mengharamkan formaldehid daripada cat yang digunakan untuk mengecat tembok dalam bangunan mulai 2026.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita