SG lancar pameran antipenipuan pertama untuk tingkatkan kesedaran awam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pameran antipenipuan kebangsaan pertama seumpamanya dilancarkan pada Sabtu (8 Nov).
Ia menghimpunkan pelbagai agensi pemerintah dan rakan-rakan kongsi masyarakat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penipuan.
Matlamatnya ialah mengalakkan orang ramai agar kekal waspada terhadap penipuan dengan mengesahkan panggilan telefon, ketika mereka menerima mesej yang mencurigakan serta memaklumkan pihak berkuasa serta orang di sekeliling mereka apabila mereka melihat penipuan, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pada Sabtu.
Orang ramai boleh mengunjungi Pameran Antipenipuan Kebangsaan yang diadakan buat julung-julung kalinya di Atrium Hab HDB di Toa Payoh dari Sabtu hingga Ahad dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Goh Pei Ming, ia menampilkan pelbagai pameran interaktif, permainan mini, aktiviti pendidikan dan persembahan pentas yang direka untuk membantu orang ramai mengenal pasti penipuan, taktik penipuan dan mengambil langkah untuk melindungi diri.
Pelbagai agensi pemerintah dan rakan-rakan kongsi masyarakat juga telah menyediakan reruai di pameran itu untuk berkongsi lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif antipenipuan dan bagaimana orang ramai boleh melindungi diri mereka dalam ruang digital.
Antaranya ialah reruai MHA, Pasukan Polis Singapura (SPF), GovTech, Open Government Products dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) serta rakan-rakan kongsi seperti Google.
Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura, Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB) dan Persatuan Bank-Bank di Singapura juga mempunyai reruai mereka sendiri. Mereka berkongsi alat-alat praktikal yang boleh digunakan orang ramai untuk meningkatkan keselamatan peranti mudah alih dan digital mereka untuk berlindung daripada penipuan.
Peserta lain termasuk firma perisian keselamatan siber Virage dan pertubuhan bukan pemerintah Aidha.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.