SG lancar lebih banyak kursus bantu Penguasa Palestin terus bina keupayaan: Vivian Balakrishnan
Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH, Wilayah Palestin: Singapura akan melancarkan lebih banyak kursus untuk memperkukuh keupayaan Penguasa Palestin dalam usahanya mencapai keamanan berkekalan dan pembangunan yang mampan.
Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Selasa (4 Nov).
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian cek di Ramallah, di mana beliau telah menyerahkan sumbangan sebanyak S$653,050 (AS$500,000) daripada pemerintah Singapura kepada Program Makanan Dunia (WFP) bagi operasi kecemasannya di Gaza.
Dr Vivian Balakrishnan berkata dua kursus baharu — mengenai ekonomi digital dan keusahawanan digital — akan dilancarkan pada 2026.
"Kursus-kursus ini akan mengukuhkan keupayaan Penguasa Palestin untuk mentadbir dengan berkesan dan membina asas bagi mencapai keamanan, kemakmuran dan pembangunan yang mampan dan berkekalan," katanya lagi.
Inisiatif-inisiatif itu didedahkan menyusuli pengumuman Dr Balakrishnan pada Julai lalu yang menyatakan bahawa Singapura akan melancarkan dua program lain pada tahun depan — satu kursus mengenai penyeliaan masyarakat dengan kerjasama bersama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), dan Program Pemimpin Muda bagi bakal pemimpin Palestin.
Kursus-kursus baharu itu akan menjadi sebahagian daripada Pakej Bantuan Teknikal yang Dipertingkat, iaitu inisiatif membina keupayaan jangka panjang Singapura bagi Penguasa Palestin.
Dr Vivian Balakrishnan kini berada di Ramallah - ibu kota pentadbiran Penguasa Palestin - sebagai sebahagian daripada rangka lawatan selama empat hari ke Wilayah Palestin dan Israel dari Isnin (3 Nov) hingga Khamis (6 Nov).

Beliau menjelaskan bahawa sumbangan kepada WFP itu adalah "untuk menyokong tugas penting anda di Gaza".
"Singapura akan memainkan peranan kami untuk terus menyokong WFP dalam misinya membanteras kelaparan dan membawa harapan kepada mereka yang terjejas akibat krisis," tekan Dr Balakrishnan.
"Usaha anda penting dalam menyokong rakyat Gaza dan ia mencerminkan keteguhan semangat manusiawi."
Dr Balakrishnan turut menyampaikan penghargaan Singapura kepada para kakitangan WFP yang telah "mempamerkan keberanian luar biasa dan sifat insani yang sangat tinggi untuk membantu mereka yang paling memerlukan, tanpa mengira bahaya".
"Anda bukan setakat menghantar makanan, tetapi yang lebih penting, menegakkan maruah dan membawa harapan kepada mereka," ujarnya.
Sebelum majlis penyampaian cek tersebut, Dr Balakrishnan bertemu dengan Perdana Menteri Penguasa Palestin Mohammad Mustafa, Menteri Luar Varsen Aghabekian dan Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Estephan Salameh di beberapa bangunan pemerintah di Ramallah.
"Saya berharap dapat membalas sambutan anda ini apabila PM Mustafa dan Menteri Aghabekian dan Salameh melawat Singapura, diharapkan tidak lama lagi," katanya.

"SINAR HARAPAN"
WFP dan agensi-agensi bantuan utama lain akan terus memainkan peranan penting sekalipun masyarakat antarabangsa sedang bersiap sedia menghadapi "cabaran yang sangat besar" membina semula Gaza setelah mencapai gencatan senjata kekal kelak, dedah Dr Balakrishnan.
Lawatan beliau ke Ramallah diadakan menyusuli pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza baru-baru ini, termasuk pembebasan semua tebusan.
"Buat pertama kali sejak beberapa tahun mencabar kebelakangan ini, terdapat sinar harapan dengan pelaksanaan fasa pertama perjanjian itu," kata Dr Balakrishnan pada Selasa (4 Nov).
"Tetapi, seperti yang kita bincangkan pagi ini di Kementerian Luar, ia masih satu harapan yang rapuh."
Beliau menyeru semua pihak supaya memanfaatkan peluang ini ntuk mencapai perjanjian fasa seterusnya dan mematuhi sepenuhnya syarat-syarat gencatan senjata.
"Penderitaan orang awam di Gaza - terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak - sudah berlarutan terlalu lama," tambahnya.
SINGAPURA DAN RAKYATNYA MAINKAN PERANAN MEREKA
Peristiwa yang berlaku di Gaza telah memberi "kesan mendalam kepada ramai rakyat Singapura", kata Dr Balakrishnan.
Menurut beliau, setakat ini, Singapura dan rakyatnya telah menyumbang lebih AS$18 juta (S$24 juta) dalam bentuk bantuan kemanusiaan bagi Gaza.
"Ramai rakyat Singapura tampil berulang kali untuk memainkan peranan mereka melalui pengumpulan dana, usaha sukarela, atau sumbangan bekalan bantuan," katanya lagi.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) turut berulang kali mengerahkan pesawatnya untuk menghantar bekalan keperluan asas dan mengambil bahagian dalam operasi menggugurkan bantuan dari udara di Gaza, atas undangan tentera udara Jordan.
"Apabila penderitaan manusia begitu besar dan ketara, kita tidak boleh - dan tidak harus - berdiam diri," tegas Dr Balakrishnan.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan menegaskan sekali lagi sokongan Singapura terhadap huraian dua negara yang dirundingkan antara Israel dan Palestin.
"Perjalanan untuk mencapainya tidak mudah, tetapi kita telah bersetuju dari perbincangan kita pagi ini, ini adalah satu-satunya jalan yang berdaya maju bagi mencapai satu huraian yang komprehensif, adil, dan berkekalan bagi menamatkan konflik Israel-Palestin yang sudah berlarutan sejak sekian lama," katanya.
"Sebagai rakan kepada kedua-dua pihak, Singapura berharap agar suatu hari nanti, kita akan dapat melihat Israel dan Palestin hidup bersebelahan satu sama lain dalam keadaan yang aman dan selamat."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.