SG lancar kursus khas bagi perunding dagangan Afrika mulai Jan 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para perunding perdagangan Afrika bakal raih manfaat daripada kursus baharu.
Singapura akan melancarkan sebuah kursus khas buat mereka, dalam usaha untuk memupuk hubungan yang kukuh antara kedua-dua belah pihak.
Mulai Januari depan, program pembangunan keupayaan itu akan membentuk sebahagian daripada Pakej Kerjasama Singapura-Afrika.
Perkembangan itu diumumkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong semasa edisi Forum Perniagaan Afrika Singapura tahun ini.
Lima perjanjian baharu dimeterai semasa forum itu, yang meliputi bidang seperti pengilangan, pembangunan mampan dan pendigitalan.
Menurut Enterprise Singapore, ia mencerminkan minat syarikat-syarikat Singapura untuk menebarkan sayap ke pasaran Afrika, setelah melaburkan lebih $32 bilion ke benua itu setakat 2021.
Dalam ucapannya di forum tersebut, Encik Gan menekankan betapa pentingnya untuk mengukuhkan kerjasama demi menangani cabaran sejagat.
"Konflik geopolitik, pandemik, dasar perlindungan yang meningkat dan krisis iklim mengingatkan kita tentang betapa rapuh sistem politik dan ekonomi kita. Kesalingbergantungan kita bermakna, peristiwa di tempat yang jauh masih boleh menjejas kita," kata Encik Gan.
Encik Gan menambah: "Tindakan balas terbaik terhadap cabaran-cabaran seumpama itu adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain - bukan sahaja di rantau ini tetapi juga merentasi rantau lain."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.