Skip to main content

Singapura

SG lakar visi baharu untuk punyai kekuatan baharu ketenteraan: Dr Ng Eng Hen

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2025 07:07PM Dikemas Kini : 04 Mar 2025 04:37AM
SINGAPURA: Singapura sedang melakar visi baharu untuk mempunyai kekuatan baharu ketenteraan.

Bagi menangani ancaman-ancaman baharu muncul, Singapura akan membentuk semula angkatan bersenjatanya demi memastikan ia kekal waspada dan mempunyai visi.

Angkatan tentera Singapura menjadi bukan sahaja pasukan untuk hari ini, tetapi juga bagi menangani cabaran-cabaran masa depan.

Untuk itu ia akan menguatkan lagi ikatan pertahanan dengan rakan-rakan global.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berucap demikian semasa membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan (Mindef), di mana perbelanjaannya dijangka iaitu peningkatan 12.4 peratus berbanding tahun lalu.

Dr Ng menjelaskan, peningkatan itu ekoran perlunya mempercepat projek-projek yang tertangguh atau terganggu ekoran pandemik.

Beliau berkata: "Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kami warga Singapura ada agensi, dan boleh memutuskan dan melakukan segalanya yang mampu untuk menjamin masa depan kita bersama.

"Sudah tentu membina pertahanan kami demi melindungi kepentingan-kepentingan kami mesti menjadi keutamaan. Kami tidak bergantung kepada orang lain untuk melindungi Singapura, kecuali diri kita sendiri."
Sumber : CNA/DY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita