Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG labur S$70 juta untuk bangunkan model bahasa pertama yang besar di Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Dec 2023 10:37PM Dikemas Kini : 05 Dec 2023 12:01AM
SINGAPURA: Singapura akan menyuntik S$70 juta untuk membangunkan sistem yang mampu memproses dan memenuhi kepelbagaian budaya dan bahasa di Asia Tenggara.

Projek itu yang pertama seumpamanya di rantau ini, bertujuan untuk memupuk kerjasama industri selanjutnya
merentasi sempadan dan memacu gelombang inovasi AI seterusnya.

Daya usaha itu diumumkan di luar sidang pertama Singapura mengenai kecerdasan buatan (AI) bagi kebaikan global.

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata, acara itu bertujuan mendekati AI secara sistematik dan bukan sekadar faktor gembar-gembur.

"Matlamat kami untuk beberapa hari ini adalah untuk secara bersama mengenal pasti persoalan penting AI yang jika dihuraikan secara sistematik, akan membolehkan AI untuk benar-benar digunakan bagi kebaikan masyarakat sedunia," kata Cik Teo.

Namun, cara pertanyaan-pertanyaan ini diajukan harus tajam dan khusus, katanya.

Tambah Cik Teo, tumpuan harus diberikan kepada hasil usaha, menilai keadaan semasa, menggariskan pendekatan-pendekatan dan mengukur kemajuannya.

Para peserta sidang datang dari 16 negara, mewakili bidang akademik, agensi pemerintah dan syarikat-syarikat AI.

Cik Teo berharap acara itu akan menjadi wadah bagi masyarakat antarabangsa bekerjasama mengenai isu-isu AI yang rumit.

AI setakat ini sudah membantu menemukan ubat baharu dan mengoptimumkan penggunaan tenaga, kata beliau, namun mengandungi risiko seperti maklumat tidak tepat dan jenayah siber.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan