Skip to main content

Singapura

SG labur lebih S$40 juta tingkat inovasi, pengeluaran makanan tempatan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Nov 2025 07:35PM Dikemas Kini : 05 Nov 2025 09:39PM
SINGAPURA: Singapura akan melabur lebih S$40 juta bagi mengukuhkan bekalan makanan tempatan menerusi inovasi.

Dana tersebut akan membantu program-program penyelidikan untuk meningkatkan mutu hasil pengeluaran tempatan.

Berucap di Simposium Saintifik Agri-makanan Global, Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Zaqy Mohamad berkata, usaha tersebut akan membantu Singapura meningkatkan hasil pengeluaran dengan sumber lebih terhad.

"Sebagai sebuah negara kecil dengan ruang dan sumber yang terhad, cabaran bagi pengeluaran makanan tempatan terletak pada daya penghasilan dan kos pengeluaran.

"Oleh itu, bagi membolehkan industri menjadi lebih produktif dan berdaya saing di pasaran, Singapura perlu memanfaatkan sains dan teknologi untuk membangunkan huraian canggih," tambahnya.

Di bawah program Hab Inovasi Benih, para peladang boleh meraih manfaat dalam menanam jenis tumbuhan-tumbuhan baharu yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim, serta memiliki nilai pemakanan lebih baik.

Satu lagi inisiatif, iaitu program Penyelidikan dan Pengembangan (R&D) Aquapolis, bertujuan untuk membantu para penternak ikan meningkatkan mutu ikan siakap Asia yang dihasilkan di negara ini.

Ini termasuk membiak jenis ikan yang tidak mudah mati akibat penyakit.
Sumber : CNA/HS/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita