SG labur hampir $300j untuk bangunkan teknologi kuantum
Singapura akan membuat pelaburan hampir $300 juta sepanjang lima tahun akan datang untuk meningkatkan serta mengembangkan teknologi kuantum.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura akan membuat pelaburan hampir $300 juta sepanjang lima tahun akan datang untuk meningkatkan serta mengembangkan teknologi kuantum.
Ia merupakan pelaburan terbesar dalam sektor tersebut setakat ini dan diperuntukkan untuk membangunkan peralatan komputer kuantum, selain mengembangkan bakat.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengatakan mencari kegunaan praktikal bagi gelombang digital seterusnya ini menjadi keutamaan.
"Kami mahu bina sebuah industri kuantum yang rancak dengan memupuk kerjasama dan mengembangkan perusahaan di Singapura.
"Pejabat Kuantum Negara akan menerajui usaha merancakkan lagi kerjasama dengan industri, dengan menggunakan program kuantum negara sebagai teras.
"Misalnya, hab Perkomputeran Kuantum Nasional akan menyokong peralihan R&D bagi kuantum kepada huraian praktikal di bidang-bidang seperti kewangan, penemuan perubatan dan logistik," kata Encik Heng.

Sumber : CNA/IA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.