Skip to main content

Singapura

SG labur $1j bantu jadikan bandar lebih baik untuk didiami

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jun 2024 01:57PM Dikemas Kini : 03 Jun 2024 08:53PM
SINGAPURA: Singapura akan melabur S$1 juta dalam kajian tentang bagaimana persekitaran yang dibina memberi kesan kepada kesejahteraan mental.

Hasil dapatan itu mungkin membantu membentuk cara sesebuah bandar dirancang untuk menjadikannya ruang yang lebih sihat dan lebih baik untuk didiami.

Penyelidik A*STAR akan mengetuai projek tiga tahun itu.

Mengumumkan demikian pada hari kedua Sidang Puncak Bandar Dunia, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata penyelidikan itu boleh membantu dalam beberapa cara.

Beliau menjelaskan bahawa infrastruktur sesebuah bandar boleh memberi kesan kepada cara penduduk menjalin hubungan dan menyokong satu sama lain dalam krisis.

Pada majlis yang sama, Menteri Pembangunan Nasional Desmond Lee turut memperkenalkan rangka kerja yang dikemas kini, berdasarkan pandangan daripada transformasi bandar Singapura sejak kemerdekaan.

Encik Lee juga memperkenalkan rangkaian baharu bagi bandar yang mempunyai rekod cemerlang berhubung pembangunan bandar.

Rangkaian itu akan membolehkan kerjasama dan perkongsian pengetahuan yang lebih baik.

"Di bawah rangkaian itu, Singapura akan bekerjasama dengan bandar-bandar anggota untuk memulakan pelbagai projek berbilang bandar, kata Encik Lee.

"Projek yang sedang diteroka termasuk penyelidikan bersama dan merintis cara menyuntikkesegaran dalam bandar yang mampan dan penerbitan bersama mengenai pendekatan untuk menyediakan perumahan bermutu yang dalam kemampuan ramai.

"Kami berharap inisiatif sedemikian bukan sahaja membolehkan bandar menangani cabaran sedia ada dan masa depan, tetapi juga membina hubungankukuh antara bandar, merentas peringkat yang berbeza - datuk bandar, dewan bandar raya, jabatan perancangan dan pertubuhan berkaitan," ujarnya.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita