Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG kutuk serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:
SG kutuk serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru

Gambar: Zamzahuri Abas/CNA

Diterbitkan : 17 May 2024 10:10PM Dikemas Kini : 17 May 2024 11:13PM
SINGAPURA: Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru, Malaysia pada Jumaat (17 Mei), yang membawa kepada kematian dua pegawai polis dan mencederakan seorang lagi.

"Kami amat bersimpati dan kami juga ingin mengutuskan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar pegawai yang cedera akan pulih dengan segera," menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Luar pada Jumaat (17 Mei).

Kementerian Ehwal Luar (MFA) termasuk Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru sedang memantau keadaan di Johor Bahru.

Rakyat Singapura yang kini berada di Malaysia atau akan melakukan perjalanan ke negara itu dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk menjaga keselamatan diri mereka.

Rakyat Singapura yang melancong ke Malaysia perlu mendaftar dengan MFA melalui laman web https://eregister.mfa.gov.sg supaya pihak MFA boleh menghubungi dan membantu mereka jika perlu.

MFA juga menggalakkan semua rakyat Singapura yang melancong ke luar negara supaya membeli insurans perubatan dan perjalanan yang menyeluruh.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan