Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG 'kutuk keras' ujian peluru berpandu Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura pada Selasa (21 Feb) mengutuk keras ujian peluru berpandu yang dilakukan Korea Utara baru-baru ini. 

Kementerian Ehwal Luar (Kementerian Ehwal Luar, MFA), menyifatkannya sebagai satu tindakan "provokasi berbahaya" dan melanggar secara terang-terangan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Korea Utara melancarkan dua ujian peluru berpandu termasuk satu pada Sabtu (18 Feb) yang kelihatan seperti peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). 

"Seperti ujian peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea sebelum ini, ia adalah tindakan provokasi berbahaya yang akan meningkatkan ketegangan di semenanjung Korea dan mengancam kestabilan di rantau ini," menurut MFA dalam satu kenyataan. 

"Ia juga mencabuli Ketetapan Majlis Keselamatan PBB secara terang-terangan." 

Singapura mengulangi seruannya kepada Korea Utara agar segera menghentikan serta-merta semua tindakan provokasi.

Pelancaran ICBM itu dikecam Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun, serta kumpulan G7 dan Kesatuan Eropah (EU). 

Agensi berita KCNA melaporkan, latihan pertama itu "tiba-tiba dianjurkan tanpa sebarang notis terdahulu" dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sendiri meluluskan ujian tersebut. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan