SG kutuk keras serangan Houthi di Laut Merah
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal kargo Galaxy Leader diiringi bot Houthi di Laut Merah. (Gambar: Media Tentera Houthi)
SINGAPURA: Singapura menyertai Amerika Syarikat dan 11 lagi negara yang mengutuk keras serangan-serangan Houthi ke atas kapal-kapal komersil yang belayar melalui Laut Merah.
Singapura juga menggesa serangan-serangan tersebut dihentikan kerana ia menyalahi undang-undang dan kapal serta anak kapal yang ditahan secara haram segera dibebaskan.
Dalam satu kenyataan bersama, Singapura menyatakan bahawa serangan-serangan itu tidak boleh diterima sama sekali dan boleh mencetuskan ketidakstabilan.
Singapura juga menegaskan bahawa tidak ada alasan yang sah untuk menyasarkan kapal-kapal awam dan kapal tentera laut dengan sengaja.
Ia menambah bahawa serangan-serangan tersebut adalah masalah antarabangsa yang menuntut tindakan kolektif.
Keadaan di Laut Merah menyebabkan syarikat-syarikat perkapalan besar untuk melencongkan laluan kapal masing-masing.
Ini menyebabkan kos tambahan dan kelengahan pada penghantaran.
Sebuah kapal kontena berdaftar di Singapura yang dimiliki dan dikendalikan oleh Denmark adalah antara kapal yang menjadi sasaran serangan tersebut.

Sumber : Agensi berita/AY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.