Skip to main content

Singapura

SG kutuk keras serangan di Mosko, gesa rakyat tangguh perjalanan tidak penting ke Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
SG kutuk keras serangan di Mosko, gesa rakyat tangguh perjalanan tidak penting ke Rusia

(Gambar: AP/Dmitry Serebryakov)

SINGAPURA: Singapura mengutuk serangan tembakan di sebuah dewan konsert di Mosko, dan menyifatkan kejadian itu sebagai peringatan yang jelas terhadap ancaman keganasan.
“Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Dewan Crocus City, di Wilayah Moscow, Rusia,” tulis Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (23 Mac).

“Serangan ini adalah peringatan yang jelas terhadap ancaman keganasan yang terus mengancam semua negara. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas dan mendoakan mereka yang cedera supaya cepat sembuh.”

Tiada laporan tentang warga Singapura yang terjejas dengan serangan itu.

Warga Singapura digalakkan menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Rusia, tulis MFA.

Ia menambah bahawa mereka yang berada di Rusia dinasihatkan untuk terus berwaspada, memantau berita dengan teliti dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.

Mereka dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang penting untuk keselamatan diri mereka, dan e-daftar dengan MFA dengan segera jika mereka belum melakukannya.

Warga Singapura di Rusia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi:

Kedutaan Singapura di Mosko

Tel: +7 499 241 37 02 semasa waktu pejabat, atau talian kecemasan 24 jam +7 906 009 00 69

Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar Negeri (24 jam)
Telefon: +65 6379 8800 / +65 6379 8855
Fax: +65 6476 7302
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita